Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin September 15, 2020 @ 11:56am

Cipta Kit Ujian Pantas Covid-19,Bukti Kehebatan Anak Kelahiran Pulau Pinang

Tahniah!

Sekumpulan saintis tempatan menghasilkan kit ujian pantas ‘rapid test kit’ yang pertama di dunia yang mempunyai ketepatan sama dengan ujian yang dilakukan di makmal.

Rakyat Malaysia pertama

Sumber : Google

Kumpulan saintis yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim yang merupakan rakyat Malaysia pertama melancarkan alat sensor deria agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) DAN memantau organisma tersebut di angkasa.

Selain itu, kumpulan saintis berkenaan turut tersenarai antara 15 finalis bagi Anugerah Komuniti anjuran universiti berprestij Amerika Syarikat (AS), Massachusetts Institute of Technology (MIT) – MIT Solve Challenge.

Kit ujian pantas mampu kesan Covid-19 guna air liur

Sumber : Google

Menurut Wan Wardatul Amani, kit ujian pantas tersebut mampu mengesan virus tersebut hanya dengan menggunakan air liur.

Tambahnya lagi,  inovasi dihasilkannya mampu mengesan Covid-19 walaupun air liur individu terbabit tidak mengandungi banyak virus lain pada kadar lebih murah dan cepat.

“Inovasi ini bermula apabila saya dengan usaha sama Malaysian Relief Agency (MRA) membangunkan sensor untuk mengesan bakteria berbahaya digunakan ketika kejadian banjir di Kuala Krai, Kelantan pada 2014”

Malaysia sebagai hab inovasi kit ujian pantas

Ketua Pegawai Eksekutif nanoSkunkWorkX Sdn Bhd, Iqbal Shamsul berkata, pihaknya kini sedang mencari dana untuk memasarkan alat berkenaan, selain menyasarkan Malaysia sebagai hab inovasi terbabit.

” Kita berharap Malaysia mampu menjadi hab penghasilan alat ini kerana ia adalah hasil inovasi anak tempatan, selain sensor strip bagi alat ini boleh dijual pada harga kurang RM4, jika ia dipasarkan secara meluas nanti,”

Sumber : Google

Sementara itu, beliau berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagi membentangkan inovasi berkenaan.

Terkini, Wan Wardatul Amani dan pasukannya  kini menerajui sebuah penyelesaian dengan menghasilkan Hybrid Rapid Test Kit dengan elemen teknologi nano bagi melakukan ujian saringan Covid-19 di mana-mana sahaja dengan mudah dan berkesan.

Dan, mereka memerlukan undian anda bagi memastikan kejayaannya dengan baki beberapa hari sahaja lagi.

Jadi, apa tunggu lagi? Bagi korang yang ingin mengundi bolehlah mendaftar di  https://solve.mit.edu/challenges/health-security-pandemics/solutions.

Sumber : Penang Kini, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 10 May 2022
Trending Fri, 10 Jan 2020

Woman Had “Pubic Hair” On Her Face Because Doctor Took A Skin From Her Groin As Emergency Measure

If you think you are having a bad day, try to put yourself in her shoes.

Featured Fri, 24 Oct 2025
Events Thu, 19 Sep 2024

“Nak Kata Saya Terpaling Tahu, Terpulang! Kecaman, Makian, Kutukan Saya Terima… Kita Cuma Perlu Otak” – Uyaina Arshad

“Nak komen apa, kata apa, saya sudah lali. Ignorance is a bliss untuk saya” – Uyaina

Hiburan Thu, 4 Jul 2024

Tampil Dengan Imej Berhijab, Nora Danish Akui Lebih Tenang & Selesa – “Doakan Saya Kekal Istiqamah” 

Manis je Nora bila dah bertudung ni kan, Alhamdulillah.. Moga terus istiqamah ❤️

Trending Tue, 10 Apr 2018

Pilihan Raya Umum Jatuh Pada 9 Mei Ini!

Pengumuman ini telah diumumkan oleh Tan Sri, Mohd Hashim Abdullah, Pengerusi Suruhanjaya Pilhan Raya Malaysia sebentar tadi

error: Content is protected !!