Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin September 19, 2024 @ 5:28pm

“Nak Kata Saya Terpaling Tahu, Terpulang! Kecaman, Makian, Kutukan Saya Terima… Kita Cuma Perlu Otak” – Uyaina Arshad

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengaku, kelantangannya dalam menyuarakan pendapat berhubung isu kontroversi mengeksploitasi kanak-kanak adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.

Menurut Uyaina atau nama penuhnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, kelantangannya dalam memberikan kenyataan adalah berdasarkan fakta.

“Bukan nak kata saya ini ada latar belakang guaman, kena dengar cakap saya. Ini adalah cabaran untuk memberi pendidikan kepada orang awam.

“Kita tak perlu peguam untuk bercakap pasal ini. Kita cuma perlu otak.

“Perkara sebegini sudah ada akta yang bukan saya buat. Menurut akta terbabit, tindakan individu itu adalah salah. Dan apa yang saya katakan berdasarkan fakta. Saya cuma nak wujudkan kesedaran, itu saja.

“Nak kata saya terpaling tahu, terpulang,” ulasnya.

Tidak pernah berniat untuk menjatuhkan hukum terhadap mana-mana individu, Uyaina menyerahkan segala keputusan berhubung isu tersebut kepada pihak Mahkamah.

“Saya selalu percaya seseorang itu tidak bersalah sehingga disabitkan bersalah. Tidak kiralah siapa orang tu.

“Itu adalah peraturan undang-undang yang teraplikasi di mana-mana dan kepada sesiapa sahaja.

“Semua orang harus diberi peluang membela diri mereka sendiri. Saya tak menjatuhkan hukuman kepada Abang Bas. Itu adalah tugas mahkamah,” katanya.

Meskipun terpalit dengan kritikan, pengacara program bual bicara popular TV3 , Wanita Hari Ini (WHI) itu berpegang kuat dengan kata-kata, ‘Ignorance is a bliss’ sekaligus menyatakan bahawa dia sama sekali tidak terkesan dengan kecaman yang diterimanya.

“Nak komen apa, kata apa, saya sudah lali. ‘Ignorance is a bliss’ untuk saya. Kecaman, makian, teguran, kutukan, saya terima,” jelasnya.

Terdahulu, nama Uyaina dan pelakon Diana Danielle antara yang menjadi bahan bualan hangat dalam kalangan netizen selepas kedua-duanya dilihat berani memberikan respons terhadap penularan video kontroversi membabitkan seorang pemuda yang bertindak merakam video pelajar-pelajar sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Kisah Dikutuk ‘Terpaling Tahu’ Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Bertegas Mahu Beri Kesedaran Isu Ped*filia & ‘S*xual Groom*ng’

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle Puas Hati Abang Bas ‘Crush’ Budak Sekolah Diberkas Pihak Polis – “Syukur Ada Undang-Undang”

ARTIKEL BERKAITAN: Perkongsian Kakak Abang Bas Undang Sebak, Dedah Ibu Luah Rasa Rindu – “Biar Seluruh Dunia Menghinanya”

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Abang Bas Buka Tabung Kutipan Derma, Cari RM30,000 Untuk Bayar Ikat Jamin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Nov 2019
Hiburan Fri, 29 Nov 2019
Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Malaysian Chinese Media Slammed for Dispersing Song Song Couple Divorce Rumours

Don’t believe everything you read, even if they are a major news outlet.

Featured Fri, 8 May 2020

Majikan perlu patuhi Garis Panduan Pengurusan COVID-19 untuk lindungi pekerja

Pekerja juga bertanggungjawab elak penularan di tempat kerj

Trending Wed, 2 Dec 2020

Rayuan GKP 2.0 Dibuka Bermula 7 Disember Ini

Buat yang ingin memohon Geran Khas Prihatin 2.0

Hiburan Mon, 18 Nov 2019

Teruja Galas Tanggungjawab Baharu, Tahniah Izzmad Harun!

Selain Fasha dan Izzmad, tujuh AJK turut dilantik iaitu Salman al-Farisi, Aliff AF8, Keena Mentor, Nor Azifah, Ayati Tasrip dan pelakon baharu, Sivakumar.

error: Content is protected !!