Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 29, 2019 @ 8:40pm

Pelakon Baharu Syerinie Myra Lari Rumah, Sharnaaz Ahmad Jadi Penyelamat?

Gara-gara keletihan dan tiada tempat untuk berteduh kerana melarikan diri dari rumah, pelakon baharu Syerinie Myra telah tertidur di belakang sebuah kereta.

Tanpa diketahui, kereta itu adalah milik Sharnaaz Ahmad.  Tidak sampai hati untuk meninggalakn Syerinie keseorangan, Sharnaaz telah membawa Syerinie ke rumahnya.  Sejak dari itu, mula timbul rasa sayang di hati mereka. 

Eh, eh..tapi jangan buat spekulasi dulu! Sebenarnya, kejadian ini hanyalah babak dalam drama terbaharu lakonan mereka iaitu Dia Yang Kucinta di slot Samarinda di TV3 yang telah mula bersiaran sejak 26 November lalu. 

Drama arahan Along Kamaluddin yang di adaptasi daripada novel oleh Indah Hairani ini turut membariskan pelakon seperti Luqman Hafidz, Siti Khadijah, Afieq Shazwan, Riena Diana, Arash Mohd, Catriona Ross, Zila Bakarin dan ramai lagi. 

Diterbitkan oleh  A. Aida Production, drama ini berkisar mengenai kehidupan Chempaka Amna lakonan Syerinie Myra dan adiknya Iman yang dilakonkan oleh Afieq Shazwan, yang hidup menderita dipelihara oleh ibu tiri setelah kematian ibu kandung mereka. 

Bapa Amna, Khalid (Arash Mohamad) telah berkahwin dengan ibu mereka tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Mahana lakonan Catriona Ross. Siapa yang dah tengok drama ni tahu betapa geramnya tengok lakonan Catriona! Memang macam mak tiri yang tak ada perikemanusiaan!

 

Apabila Mahana mendapat tahu mengenai keluarga kedua Tuan Khalid, Mahana dan anak perempuannya, Larra tidak dapat menerim kehadiran Amna dan adiknya. Berlainan pula dengan Hafidz, abang tiri Amna yang amat senang dengan kehadirannya malah dalam diam memendam perasaan pada Amna. 

Disebabkan tidak mampu lagi bertahan dengan segala penghinaan Mahana, Amna nekad untuk melarikan diri.  Amna terpaksa meninggalkan Iman dan berjanji akan mengambil Iman semula setelah dia berjaya mendapatkan pekerjaan. 

Pertemuan dengan Luqman, seorang jurutera muda memberinya peluang dan sinar baru untuk menjalani kehidupan sendiri.  Namun, Larra tidak pernah serik dan berputus asa untuk membuat hidup Amna sentiasa menderita, tambahan lagi apabila dia mengetahui Luqman, lelaki yang dicintainya juga mencintai Amna. 

Suatu hari, Hafidz terlibat dalam kemalangan yang membuatkannya koma.  Keadaan Hafidz yang memerlukan penjagaan rapi menjadi beban kepada Mahan dan Larra. 

Amna kemudiannya dipaksa berkahwin dengan Hafidz oleh Mahana atas hasutan Larra supaya dia menjadi penjaga Hafidz dan ini memudahkan Larra untuk mendapatkan cinta Luqman. 

Malangnya, satu pertelingkahan di antara mereka tiga beranak berlaku dan ia menyebabkan satu tragedi buruk. Apakah tragedi itu? Kena menonton drama ini ok!

Dendam dan benci Larra pada Amna semakin membara menyebabkan dia merancang pelbagai rencana jahat untuk membuatkan Amna terus menderita.

Bagai pelangi petang yang memberi sinar, Luqman muncul semula dalam hidup Amna. Adakah hadirnya Luqman akan menjadi penamat derita gadis bernama Chempaka Amna ini?

Ketahui kesudahannnya dengan menonton drama Dia Yang Kucinta (DYK) ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam…hanya di TV3!

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 15 Feb 2025
Hiburan Tue, 11 Feb 2020

Drama Camelia Bukan Semuanya Negatif, Ini Mungkin 10 Nilai Yang Patut Dipelajari Netizen

Jangan lupa saksikan drama Camelia malam ini dan esok guys!

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

首要媒体2019年贺岁MV《So Happy》开拍!

距离2019猪年不到5个月的时间,首要媒体已开始筹备贺岁专辑咯!日前八度空间旗下8位艺人难得聚首,进行主题曲《So Happy》MV拍摄。

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

Khai Bahar Ingat Kan Diri Sendiri?

Semoga rezeki Khai Bahar semakin murah hendaknya.

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Ini Gambar Jasmine Suraya Tak Pakai Bra?

Panas! Betul ke Jasmine Suraya pakai baju nampak aset???

Hiburan Mon, 6 Jan 2020
Featured Thu, 23 Apr 2026

Kumpul Dana Demi Misi Di Belanda, Amir Masdi & SPWinds Wakil Malaysia Ke World Music Contest 2026

Amir Masdi berkongsi berita gembira apabila bakal ke Belanda bersama Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds) daripada Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya ke World Music Contest (WMC) 2026 di Belanda

Hiburan Fri, 26 Jul 2019
Hiburan Fri, 15 Dec 2017

Hadiahkan kawan baik RM 5.3 juta tanda terima kasih

Pemberian saguhati ini sebagai tanda terima kasih kerana membantunya membina karier di Hollywood

error: Content is protected !!