Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 11, 2024 @ 12:25pm

Perkongsian Kakak Abang Bas Undang Sebak, Dedah Ibu Luah Rasa Rindu – “Biar Seluruh Dunia Menghinanya”

“Emak rindu abang bas, beberapa hari ni tak ada dah abang bas nak gomol-gomol, baring dalam bilik dan sembang sambil selongkar bilik emak”.

Demikian luahan hati salah seorang kakak kepada pemuda yang dikenali sebagai Abang Bas selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Muar baru-baru ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak, sejak April lalu.

Menurut individu wanita berkenaan yang dikenali sebagai Zarina Sari, ibunya sangat merindukan anaknya itu apatah lagi sudah tiada susuk seorang anak yang selalu bergurau dan bermanja dengannya.

“Emak rindu abang bas, beberapa hari ni tak ada dah Abang Bas nak gomol-gomol emak, baring dalam bilik dan sembang sambil selongkar bilik emak. Mana yang tak kena dimata dia pasti akan minta untuk buang cepat supaya bilik emak tak bersepah,” katanya.

Perkara itu dikongsi Zarina menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

 

Dalam pada itu, Zarina mendedahkan, adiknya yang berusia 24 tahun itu merupakan seorang pak cik yang baik serta penyayang.

“Kakak yang selalu kena tinju, smakdown ikut miang dia datang. Allahu, Abang Bas adalah pak cik terpaling sayang anak-anak buah dia. Dari anak buah yang sulung sekarang dah meningkat remaja 19 tahun pun masih boleh bergurau dan berkejar satu rumah sama macam anak buah yang umur empat tahun,” kongsinya.

Justeru, dia berdoa dan berharap agar segala khilaf adiknya diampunkan  dan dipermudahkan urusan kelak.

“Ya allah, Engkau ampunilah khilaf Abang Bas, Engkau angkatlah dosa-dosanya, dan permudahkan urusannya menghadapi ujianmu Ya Allah.
“Biarpun seluruh dunia bergetar menghinanya, semoga dimataMu abang bas adalah insan yang istimewa disisiMu…Hanya engkau yang maha mengetahui Ya Allah,” ulasnya.
Terdahulu, pada Khamis lalu, seorang pengguna media sosial X berkongsi tangkap layar hantaran TikTok milik seorang pemandu bas sekolah yang merujuk seorang murid perempuan sebagai ‘crush’ dan ‘kesayangan’.

Susulan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadap pemandu bas berkenaan.

Pada 6 September lalu, polis menahan pemandu bas berkenaan dan dia direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 26 Dec 2018

‘Temberang’ Ayda Jebat Menjadi Nyanyian Di Bibir Netizen

Temberang berjaya mendapat 1.2 juta tontonan di Youtube dalam masa 4 hari.

Hiburan Sat, 3 Jan 2026

Datuk Red Kini Bahagia, Didakwa Dah Jumpa Pengganti Baru? – “Dia Wanita Hebat, Penyayang & Bijak Urus Bisnes”

Datuk Red sifatkan individu misteri seorang wanita hebat, penyayang dengan anak-anak

Hiburan Tue, 4 Oct 2022
Featured Sat, 6 Aug 2022
error: Content is protected !!