Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 4, 2024 @ 2:30pm

Tampil Dengan Imej Berhijab, Nora Danish Akui Lebih Tenang & Selesa – “Doakan Saya Kekal Istiqamah” 

“Saya rasa lebih tenang dan selesa dengan imej sekarang (bertudung),” demikian respons pelakon, Nora Danish mengulas mengenai penampilan terkininya.

Memetik laporan Harian Metro, aktres jelita drama popular Puteri ini mengakui sudah lama memasang niat untuk mengenakan hijab, namun ketika itu dia masih belum menemui kekuatan.

“Sebenarnya saya sudah lama pasang niat nak bertudung, tapi belum ada kekuatan itu sebelum ini,” katanya.

Namun begitu, Nora enggan mengesahkan sama ada dia sudah bertudung sepenuhnya buat masa ini.

Dalam masa yang sama, Nora berharap orang ramai untuk mendoakan yang terbaik agar dia kekal istiqamah.

“Doakan saya kekal istiqamah dengan imej terbaharu ini. Saya rasa lebih tenang dan selesa dengan imej sekarang (bertudung).

“Saya takut nak beritahu sudah bertudung sepenuhnya, sebab saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada ujian dan dugaan Allah SWT.

“Apa yang mampu saya kongsikan, doakan yang baik-baik dan semoga perubahan ini memberi kemanisan dalam hidup saya,” katanya.

Nora Danish

Mengulas lebih lanjut, Nora menjelaskan tiada pihak yang memaksanya untuk bertudung.

“Saya buat keputusan ini tanpa desakan atau paksaan sesiapa. Saya sendiri yang memilih untuk berhijab kerana usia saya pun bukan muda lagi.

“Saya percaya setiap wanita yang belum berhijab pun pasti ada keinginan yang sama.

“Apapun terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan saya,” katanya.

Sebelum ini, penampilan Nora yang tampil berhijab menimbulkan pelbagai persoalan.

Artikel Berkaitan: Imej Bertudung Cetus Tanda Tanya, Ini Respons Nora Danish – “Senang Saya Terus Solat Dan Mengaji Al-Quran”

Artikel Berkaitan: “Stay Strong Daddy” – Nora Danish Titip Ucapan, Bekas Suami Dimasukkan Ke ICU

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 May 2025
Hiburan Wed, 20 Dec 2017

Azwan Ali ke SPRM bawa apa tu?

Saya berharap dengan penyerahan dokumen dan laporan ini ia dapat membantu SPRM menjalankan siasatan- apa yang di bawa tu oleh Azwan Ali

Hiburan Mon, 8 Nov 2021

Lagu Cinta Kita 3: Ajai & Mas Idayu Beri Peluang Kedua, 5 Pasangan Mara Ke Peringkat Seterusnya… Jom Recap Episod 2!

Episod kedua program Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berlangsung pada malam tadi dan ia menyaksikan persaingan antara lima pasangan iaitu Malhamka & Yuveena, Syafeek & Zazo, Achik & Maria, Norman & Hazreen serta Pasya & […]

Featured Wed, 30 Nov 2022
Events Wed, 1 Jun 2022
Hiburan Thu, 12 Mar 2026

Sophia Albarakbah Terkilan Masih Ada Sokong Cetak Rompak

Sophia Albarakbah meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir pihak yang memilih menonton filem Amira Amir melalui aplikasi tidak sah

error: Content is protected !!