Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 12, 2026 @ 5:41pm

Sophia Albarakbah Terkilan Masih Ada Sokong Cetak Rompak

Pelakon Sophia Albarakbah meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir pihak yang memilih menonton filem Amira Amir melalui aplikasi tidak sah.

Sophia atau nama sebenarnya Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 33, berkata tindakan tersebut dianggap telah merugikan pihak penerbit dan tidak menghargai usaha keras barisan pelakon serta kru produksi yang bertungkus-lumus menyiapkan filem berkenaan.

“Filem ini dihasilkan dengan usaha besar daripada ramai orang, bukan hanya pelakon tetapi juga kru produksi, pengarah dan penulis skrip yang bekerja keras di belakang tabir.

“Apabila ada yang menonton melalui aplikasi haram, ia terasa seperti segala usaha itu tidak dihargai,” katanya.

Sophia berkata demikian ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya di Saloma, Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengulas lebih lanjut, sokongan penonton melalui platform rasmi amat penting bagi memastikan industri perfileman tempatan terus berkembang dan mampu menghasilkan karya yang lebih berkualiti.

“Harga untuk menonton sebenarnya tidak mahal, sekitar RM15 sahaja. Kalau berkongsi dengan kawan-kawan pun boleh.

“Namun jika ramai memilih menonton secara cetak rompak, industri akan terus berdepan kesukaran untuk berkembang,” katanya.

Dalam pada itu, Sophia turut mendedahkan sebagai pelakon juga mereka perlu membayar untuk menonton filem Amira Amir sebagai tanda sokongan terhadap karya tersebut.

“Saya dan keluarga juga membeli tiket untuk menonton filem yang saya lakonkan. Kami tidak diberikan akses percuma.

“Jadi kami berharap penonton juga dapat menyokong karya tempatan dengan menontonnya melalui saluran yang sah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 May 2026

Ulasan Konsert: Bukan Pada Nada, Fauziah Latiff Membuktikan ‘Kemenangan’ Sebenar Apabila Kekal Dicintai Pendengar

Mungkin nada suara berubah seiring dengan waktu. Mungkin zaman juga sudah berbeza. Tetapi aura, keikhlasan, keramahan dan jiwa seorang Fauziah Latiff tetap sukar digantikan.

Hiburan Sun, 10 Nov 2019

Wah…Eyka Farhana Siap Sedia Jadi Penyanyi

Wah…tak sabar nak dengar suara Eyka!

Featured Tue, 23 Aug 2022
Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023

“Kau Bukan Sempurna Pun Nak Hina Anak Aku” – Ini Jawapan Aliff Syukri Apabila….

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri menjawab tohmahan yang dilontarkan oleh netizen terhadap anaknya, Ammar Ahyyan. @aliffsyukriterlajaklaris Replying to @user1467650542330 ♬ original sound – Terlajaklaris Menerusi perkongsian yang dibuat di laman TikTok, Aliff menjelaskan dia […]

Hiburan Mon, 17 Dec 2018

陈洁灵、叶丽仪、玛利亚与您欢度2019新年除夕夜

香港三位天后级歌手,叶丽仪、陈洁灵和肥妈玛俐亚再次重登云顶云星剧场的大舞台并与大家一起共度农历新年。

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

More Michelle Yeoh in Star Trek!

Malaysian Star Trek fans rejoice.

Hiburan Tue, 30 Apr 2019
Featured Wed, 23 Nov 2022

Bakat & Rupa Harus Selari, Pelakon Baharu Muaz Zabir Masih Mencari Tapak Dalam Industri

Juara program Fit For Action TV3, Muaz Zabir atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir, mendedahkan masih banyak yang perlu dipelajari sebagai pendatang baharu dalam industri seni Menurut Muaz, dia mencuba sebaik mungkin untuk memberikan yang […]

error: Content is protected !!