Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 16, 2024 @ 11:01am

Alif Satar & The Locos Mahu Berkolaborasi Dengan Edry Abdul Halim – “Kami Suka Karya Dia”

Kumpulan Alif Satar & The Locos meluahkan hasrat mereka untuk berkolaborasi dengan penyanyi dan komposer Edry Abdul Halim.

Menurut Alif, ketika dia bersama ahli kumpulannya, Faliq Auri, Tam Cobain, Efry Arwis dan Rajwan berada di Manchester, dia cuba untuk berjumpa dengan Edry.

Namun, hasratnya tidak kesampaian kerana komposer itu telah pulang ke tanah air untuk menyambut Hari Raya.

“Sebenarnya, masa kami dia sana kami mencari Edry Abdul Halim. Tapi dia balik raya. Saya pun ada berhubung dengan dia dan memaklumkan kepadanya yang kami ingin berjumpa dengannya ketika berada di United Kingdom (UK).

“Dia pun kata yang dia tahu kami buat show di sana. Kalau dia ada, dia akan datang show itu juga. Kami memang berharap nak ada projek dengan dia sebab kita tahu dia ada di sana. Hopefully, lepas ni bila kami pergi ke sana lagi ada kolaborasi dengan dia,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Alif ketika ditemui di majlis pelancaran lagu Kumandang kerjasama dengan Marriot International di Malaysia, di Hotel W Kuala Lumpur, baru-baru ini

Tambah Alif, dia suka dengan setiap karya yang dihasilkan oleh Edry, malah dia juga terharu apabila komposer terkenal itu turut memuji lagu-lagu kumpulannya.

“Kami suka karya dia, penulisan lagunya dan dia pun meluahkan rasa yang sama di mana dia pun suka juga dengar lagu kami.

“Kami pun bangga bila ahli KRU sendiri cakap macam tu. Kami rasa macam tak percaya. Jadi kami harap ada projek bersama.

“Pada bulan Oktober ini kami akan pergi ke Perancis untuk buat konsert bersama Datuk Shake. Insya-Allah, event space tidak tahu di mana tapi nanti akan dimaklumkan. Hopefully masa trip tu kami dapat berjumpa dengan dia,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 24 Jul 2019

研究证明!情绪聪明人不做这9件事,人生会更快乐

人的正面、负面情绪,除了外在环境条件下的影响与牵制外,实际上真正左右情感的,往往都出自于心底。

Trending Sat, 16 Jun 2018

Isu PATI Di Amerika Syarikat, Trump Naik Angin!

Selepas Trump pada awalnya berkata beliau tidak berminat dengan rang perjanjian Republican yang memasukkan penetapan isu pemisahan selain perlindungan Tindakan Penangguhan untuk Ketibaan Kanak-kanak (DACA) bagi pendatang muda yang tiba secara haram ketika kanak-kanak, Rumah Putih sebaliknya tidak menyokong kenyataan itu.

Trending Thu, 8 Mar 2018

丧心「巨鼻给皂器」手感超真实

你会把擤出来的鼻涕往身上抹吗?这听起来有点恶心,但几乎人人在小时候都做过的行为,现在又要「卷土重来」进入你的人生了。你洗澡的时候可以轻松把绿鼻涕抹到身上……

Hiburan Sun, 25 Sep 2022
Hiburan Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Sat, 25 Nov 2023
error: Content is protected !!