Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 22, 2022 @ 1:32pm

Mohon Bantuan Hari Raya 2022, i-Fitri Sehingga RM400 Buat Golongan B40 & M40

Kerajaan negeri Terengganu mengumumkan berita baik mengenai pemberian dana sempena Hari Raya Aidilfitri ini terutamnya buat mereka yang tergolong dalam kategori B40 dan M40.

Bantuan dana raya, i-Fitri bernilai RM56 juta akan mula dibayar kepada 148,700  ketua isi rumah (KIR) yang layak di negeri berikut  mulai 17 hingga 23 April 2022.

Berikut merupakan maklumat lanjut permohonan bantuan i-Fitri dan jumlah bantuan yang akan diterima mengikut kategori yang ditetapkan.

Jumlah bantuan i-Fitri mengikut kategori

Bantuan tunai i-Fitri ini akan diberikan secara one-off mengikut kategori seperti berikut;

  • Isi rumah miskin (Pendapatan Isi Rumah TIDAK lebih RM2,500) – jumlah bantuan adalah RM400
  • Isi Rumah berpendapatan RM2,501 sehingga RM5,000 – jumlah bantuan adalah RM250

Tarikh permohonan bantuan i-Fitri

Bagi isi rumah yang berkelayakan, anda boleh membuat permohonan Bantuan i-Fitri 2022 sepanjang tepoh berikut;

  • Tarikh permohonan bantuan i-Fitri : 22 Mac sehingga 31 Mac 2022

Tarikh bayaran bantuan i-Fitri

Bantuan i-Fitri ini akan mula disalurkan pada pemohon yang berkelayakan pada;

  • 17 April sehingga 23 April 2022

Syarat permohonan

Permohonan bantuan i-Fitri ini adalah sah bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut, antaranya;

  1. Rakyat Terengganu yang menetap di Terengganu
  2. Jumlah pendapatan bulanan isi rumah TIDAK melebihi RM5,000 (termasuklah gaji dan elaun)
  3. Berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT2020)
  4. Pengundi berdaftar di Terengganu
  5. Mereka yang TIADA slip gaji perlu kemasukan surat perakuan pendapatan disahkan oleh Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)

Cara Mohon i-Fitri

Individu yang berkelayakan boleh lah membuat permohonan secara online sehingga 31 Mac 2022 melalui laman sesawang berikut ibantuan.terengganu.gov.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Jul 2019

Dapat Anak Lelaki, Tahniah Izreen Azminda!

Syukur Alhamdulillah… Semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali. Terima kasih bagi semua yang mendoakan saya dan bayi.

Trending Tue, 23 Mar 2021

Setahun Bercerai, Farawahida Selamat Bernikah Dengan Pegawai Kerajaan Di Hari Lahir Ke-36

Selepas setahun bercerai dengan bekas suami, penyanyi Farawahida Razali selamat bernikah dengan lelaki pilihan hatinya, Zulkifli Alias pada 19 Mac lalu. Farawahida diijabkabulkan dengan Zulkifli yang juga pegawai kerajaan di Masjid Daerah Taiping. “Suami saya […]

Program TV Mon, 20 Jan 2025
Featured Tue, 15 Aug 2023

[VIDEO] Pakai Spek Macam Rappers, Ramai Terhibur Gaya Pu Riz Jual Barang – “Caprice Ke DJ Khaled Ni?

Amboiiiiii, ni abah Bilal dengan Abbas ke? 😂🤣 Lain macammm ek 🤣🤣

error: Content is protected !!