Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 1, 2019 @ 6:29pm

Dapat Anak Lelaki, Tahniah Izreen Azminda!

 Pelakon Izreen Azminda selamat melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu negara, Sabtu lalu.

Berita gembira ini dikongsi di laman Instagram Izreen atau nama penuhnya Izreen Azminda Aznam, sebentar tadi.

Anak pertama hasil perkahwinan kedua dengan pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude itu diberi nama Aaron Ibrahim.

“Syukur Alhamdulillah… Semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali. Terima kasih bagi semua yang mendoakan saya dan bayi.

“Sabtu lalu iaitu 29 Julai 2019, anak saya Aaron Ibrahim dilahirkan pada jam 1.46 pagi,” kongsi Izreen ringkas.

Izreen, 34, dan Ude, 31, mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 dalam satu majlis tertutup di Damansara.

Terdahulu, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Adrian Umar, 6, hasil perkahwinan dengan jurukamera, Muhammad Riza.

Pasangan yang diijabkabulkan pada 2012 itu, bagaimanapun berpisah selepas dua tahun hidup bersama.

Sementara itu, Ude pula memiliki dua cahaya mata, Arish Muqri, 4, dan Ariq Muqri, hasil perkahwinan pertama dengan Intan Liana Saleh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 30 Aug 2024
Featured Sat, 13 May 2023
Featured Mon, 20 Nov 2023
Hiburan Sun, 4 Aug 2024
Hiburan Tue, 13 May 2025

Muzik AI Tanpa Kawal Selia Ancaman Serius Kepada Industri Muzik Tempatan

RIM menyuarakan kebimbangan terhadap impak jangka panjang teknologi ini terhadap hak cipta dan sumber rezeki penggiat seni.

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

“Ketika Kami Meluru Keluar, Lampu di Mall Sudah Mula Jatuh” – Hariz Hamdan Cerita Detik Cemas Gempa Bumi Di Bangkok

Hariz Hamdan menceritakan detik cemas merasai gegaran gempa bumi di Bangkok, tengah hari semalam.

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Ask Me Question? Jawapan Fynn Jamal Betul-Betul Mengejutkan

Nak tahu Fynn jawab apa? Bacalah artikel ni okay!

error: Content is protected !!