Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 4, 2024 @ 9:59am

Ayu Raudhah, Zaquan Adha Sambut Kelahiran Anak No 7

Pelakon Ayu Raudhah selamat melahirkan cahaya mata ketujuh di sebuah pusat perubatan swasta di Seremban, Negeri Sembilan pada jam 12.57 tengah hari, kelmarin.

Menyambut kehadiran bayi lelaki seberat 2.3 kilogram, berita itu disampaikan oleh suami Ayu, pemain bola sepak Zaquan Adha menerusi menerusi perkongsian di akaun Instagram.

“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 12.57 tengahari pada 2 Ogos 2024.

“Selamat datang ke dunia anak lelaki saya,” tulisnya.

Tambahnya, Ayu kini berada dalam keadaan baik dan Zaquan sempat menitipkan pesanan untuk para suami di luar sana.

“Ayu sedang rehat, Alhamdulillah semuanya okay. Saya suruh dia tidur dulu kerana saya nak balik rumah uruskan uri, cuci bersih dan saya akan tanam.

“Kepada suami di luar sana, pastikan kalau boleh biarlah kita yang uruskan kerja-kerja mencuci dan menanam uri anak-anak,” tulisnya lagi.

Zaquan dan Ayu membina ikatan cinta dalam sebuah majlis pernikahan pada 21 Januari 2011.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam yang berusia setahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 May 2019

‘Kacak, Cantik Bukan Tiket Jadi Chef Selebriti’- Chef Wan Kecewa Dengan Chef Selebriti Otak Kosong?

Yang ada niat nak jadi chef selebriti, dengar apa Datuk Chef Wan pesan…

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Tue, 14 Jan 2020

Baggio Pertaruhkan ‘Laduni Cinta’

Baggio atau nama sebenarnya Bahagia bin Daharun merupakan penyanyi utama kumpulan Damasutra yang begitu popular pada suatu ketika dahulu dengan lagu ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi’. Baggio yang sudah 30 tahun berada di dalam industri muzik, […]

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Atikah Suhaime Tak Kisah Suami Boroi Asal Berduit?

Siapalah agaknya yang dapat hinggap di hati Atikah?

Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Ibu Bapa Generasi Baharu, Lisa Sedia Membantu!

Ibu kepada dua cahayamata Yahaira Leanne dan Yusof Leonne itu berkata, dia memahami perasaan ibu bapa generasi baharu kerana dia juga menggalas tanggungjawab yang sama dan tahu cabaran yang dihadapi golongan tersebut

error: Content is protected !!