Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 January 14, 2020 @ 10:30pm

Baggio Pertaruhkan ‘Laduni Cinta’

Baggio atau nama sebenarnya Bahagia bin Daharun merupakan penyanyi utama kumpulan Damasutra yang begitu popular pada suatu ketika dahulu dengan lagu ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi’.

Baggio yang sudah 30 tahun berada di dalam industri muzik, kini kembali dengan mempertaruhkan single terbaharunya berjudul “Laduni Cinta”.

Sebagai pembuka tirai kerjaya muziknya pada tahun 2020 ini, Baggio mendedahkan lagu ini sangat bermakna untuk dirinya kerana dia ingin mempersembahkan sesuatu yang baru kepada peminatnya sebagai tanda sokongan mereka sepanjang perjalanan kariernya. 

 Lagu bergenre pop rock ini ditulis oleh Joe Slash dan lirik oleh S. Amin Shahab, yang juga merupakan penulis lirik lagu hit kumpulan Damasutra, ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi’. 

Menurut Baggio, pertama kali dia menerima lagu ini dari Joe, terdetik di hatinya untuk memanggil S. Amin Shahab kerana merindui pengisian kreatif penulis lirik tersohor itu yang padanya boleh menghasilkan karya yang ditunggu-tunggu peminatnya.

Joe, selaku komposer ‘Laduni Cinta’ berkata dia amat berbesar hati dapat mencipta lagu untuk seorang penyanyi yang berpengalaman seperti Baggio. 

“Pada saya, lagu ini menyerlahkan kematangan Baggio sebagai seorang penyanyi yang sangat berpengalaman. Mungkin genre pop rock ini nampak mudah untuk dibawa tetapi dengan kekuatan vokal yang ada pada Baggio, saya yakin lagu ini boleh meletup!

“Lebih-lebih lagi apabila S.Amin Shahab merupakan penulis lirik lagu ‘Laduni Cinta’ dan dia sememangnya seorang yang sangat berpengalaman,” kata Joe. 

S.Amin Shahab selaku penulis lirik berkata lirik yang dicipta bagi ‘Laduni Cinta’ merupakan kesinambungan dari lirik-lirik lagu yang pernah ditulis untuk Baggio seperti ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi’, ‘Seribu Bayangan’, dan ‘Asyik’ tetapi dengan lirik yang lebih mendalam dan perlu dijiwai supaya ia mampu menusuk kalbu para pendengar. 

Laduni Cinta mendapat sentuhan Adi dari kumpulan 6ixthsense dari segi susunan lagu dan mendapat khidmat Taja dari Kumpulan Meet Uncle Hussin selaku jurutera bunyi dan adunan muzik. 

Bukan itu sahaja, Laduni Cinta juga mendapat khidmat pemuzik undangan seperti Ujang Exists (dram), Robot (bass) dan Ritz Metalasia (gitar). 

Video muzik rasmi Laduni Cinta boleh ditonton melalui saluran YouTube di bawah sejak 9 Januari lalu. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Feb 2018

PANAS! FARID KAMIL BAKAL KENA SAMAN

Taj dan Osh akan mengadakan sidang media dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan segala tuduhan yang dilemparkan kepada mereka berhubung kes Datuk Farid Kamil

Hiburan Thu, 30 Aug 2018

Ikhwan Mengaku Rindu Nak Masuk Konti

Dalam perkembangan lain, Ikhwan kini aktif dalam bidang lakonan di mana dia sedang bersiap sedia untuk masuk ke set penggambaran sebuah drama.

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

‘Saya Minta Maaf’- Ara Johari

Jangan tiru aksi dalam video itu ok

Hiburan Wed, 28 Nov 2018

Altimet Bersara Sebagai Rapper Bukan Komposer

Tiada lagi persembahan Altimet di mana-mana acara selepas ini. Namun begitu, Altimet ada hadiah terakhir buat peminatnya!

Hiburan Mon, 7 Oct 2019
Hiburan Mon, 18 Aug 2025

Noor Nabila Kongsi Rawatan Kecantikan Wajah Melebihi RM140,000 Setahun -“Zero Makeup, All Glow!”

Noor Nabila jalani rawatan kecantikan wajah cecah lebih RM140,000?

Events Tue, 2 Jan 2018

MENANGI 30 PASANG TIKET DAN PAS PERCUMA KE AFTER PARTY RATED XTRA AJL32

Menangi 30 pas percuma dan rasai sendiri acara After Party Rated Xtra dengan hanya menjawab soalan ini

Drama Fri, 3 Mar 2023
Hiburan Sun, 2 Feb 2025
error: Content is protected !!