Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 October 7, 2019 @ 5:19pm

Tragedi Kek Tumbang Datuk Alha Alfa, Siapa Yang Salah?

Kelam kabut jadinya apabila majlis yang berlangsung penuh glamor bertukar kecoh apabila kek perkahwinan yang dibina daripada kaca, setinggi dua meter tumbang dan jatuh berderai sewaktu majlis resepsi perkahwinan Datuk Alha Alfa (31) dan pasangannya Noor Azlin Ismail (23) di Dewan Mindef semalam. 

Semasa kejadian, Datuk Alha dan isteri sedang bergambar dengan sekumpulan tetamu apabila kek yang diletakkan berdekatan pentas utama tumbang dengan tiba-tiba. 

 
 
 
View this post on Instagram

takpelah rezeki takat tu je..sy xmarah pun hehehe beratus kali depa mntak maaf walupun dalam perancangan nak pacak kek tu tgh2 rumah..hahah hbis berderai semuanya ?? ape pun abg @nasgreatidea_weddings mmg superb kek tu..xpe kek boleh carik,..kenangan yg terjadi tu memory selamanya..sorry yg xdapat merasa kek tu..syukur xde org kat belakang kalau tak jenuh berjahit muka nanti ??? kek ni punya berat maybe meja yg support tu pun dah menyerah diri dah tggu masa je bergegar skit paammmm!! habisss~ macam manusia jugak..emsem camne pun hati rapuh jugak..???????????? tq abg @nasgreatidea_weddings merialisasikan impian kek kaca sy..punya ramai org tolak sbb xnk amik risiko..now sy faham dah risikonya ?????..ape pun effort yg abg ambil utk buat kek sy tu sgt sy hargai..????❤️ tqsm pada semua yg hadir semalam..sy dah isteri amat menghargai..mintak ampun mntak maaf jika ada kekurangan dari pihak kami..love u guys #alhaalindreams .

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on

“Walaupun dalam perancangan nak pacak kek itu tengah-tengah rumah..hahah habis berderai semuanya. Apa pun abg @nasgreatidea_weddings memang terhebat kek tu..takpe kek boleh cari..kenangan yang terjadi tu memory selamanya.

“Maaf yang tak dapat merasa kek tu..syukur tak ada orang kat belakang kalau tak jenuh berjahit muka nanti,” tulis Alha atau nama sebenarnya Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil. 

Walaupun tak menyalahkan mana-mana pihak dan menganggap ianya bukan rezeki, perancang perkahwinan terkenal, Nas Great Idea & Weddings  pula dipersalahkan oleh pihak yang menyediakan kek setinggi 8 tingkat itu.

Nas telah berkongsi dengan pengikut instagram yang kerjanya bukan mudah. Walaupun sudah berhempas pulas menyiapkan majlis sebaik mungkin supaya dapat memuaskan hati semua pihak, kadang-kadang perkara tak dijangka boleh berlaku. 

“Bukan senang nak jadi ‘wedding planner‘. Benda yang tak disangka-sangka terjadi dan kadang-kadang sendiri kena tanggung,” tulisnya.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Bukan senang nk jadi wedding planner . Unexpected things happen dan kadang2 sendiri kena tanggung

A post shared by Nas Great Idea (@nasgreatidea_weddings) on

Bukan itu sahaja, pihak Nas Great Idea juga diminta oleh pembuat kek tersebut supaya membayar ganti rugi dan berang apabila orang memperkatakan tentang kualiti kek yang diperbuat daripada kaca itu yang dikatakan tidak mengikut spesifikasi keselamatan. 

Siapa yang salah sebenarnya, wallahu’alam. Harap-harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Bukan apa, kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan. Ambil saja iktibar dari pengalaman ini.  Kadang-kadang idea memang beribu, tapi kalau rasanya berisiko tinggi, baik abaikan je lah. 

Usahawan kosmetik yang asalnya merupakan jurusolek ini juga berkongsi bahawa kos pelaminnya saja ialah sebanyak 500 ribu ringgit! Wow! Berapa lah agaknya kos keseluruhan majlis Datuk Alha ni…

 
 
 
View this post on Instagram

Dari layan kek baik layan keja kami yg berjam2 tahan mata menyiapkan deco ini dalam 12 jam #alhaalindreams

A post shared by Nas Great Idea (@nasgreatidea_weddings) on

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 2 Aug 2022

Dituduh Berhenti Mengejut, Fizi Ali Tampil Beri Penjelasan – “Saya Minta Restu Semua Pihak Sebelum Berhijrah”

Haa, Fizi Ali pun dah beri respons tu. Harapnya dengan penjelasan Fizi ini dapat meredakan suasana tegang.

Hiburan Fri, 6 Sep 2019
Featured Sun, 15 Aug 2021

11 Sektor Ekonomi Dibenar Beroperasi Esok

Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kebenaran operasi untuk 11 aktiviti ekonomi bagi negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dalam sektor perdagangan dan pengedaran, berkuat kuasa esok. 11 kegiatan ekonomi sektor perdagangan […]

Featured Fri, 5 May 2023
Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Sibuk Bekerja, Remy Ishak Belum Sedia Kahwin?

Tempoh ini mematangkan kami berdua. Waktu inilah kami dapat menguji diri sendiri sama ada sudah bersedia sebelum melangkah ke fasa seterusnya…Insha Allah, semuanya akan baik-baik sahaja Remy.

error: Content is protected !!