Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 11, 2018 @ 7:27am

Sibuk Bekerja, Remy Ishak Belum Sedia Kahwin?

Selepas setahun mengikat tali pertunangan, pelakon Remy Ishak mengaku bahawa dia masih belum bersedia untuk melangkah ke fasa perkahwinan.

Tambah Remy, bukan hanya dia yang masih belum bersedia, tunangnya Ezza juga merasa hal yang sama.

“ Kami masih dalam tempoh mempelajari diri masing-masing. Malah faktor komitmen kerja juga membuatkan perkahwinan ini tertangguh.

“ Rancangan untuk berkahwin dua tahun dari tempoh bertunang jadi masih ada masa,” katanya.

Remy dan Ezza mengikat tali pertunangan pada 1 Mei tahun lalu.

Kata pelakon berusia 36 tahun ini, sudah menjadi adat ketika bertunang pasti ada waktu-waktu mereka diuji.

“ Tempoh ini mematangkan kami berdua. Waktu inilah kami dapat menguji diri sendiri sama ada sudah bersedia sebelum melangkah ke fasa seterusnya.

“Tempoh bertunang inilah kita belajar dan persiapkan diri dan kami berdua tahu masih belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Remy berkata, dia kini giat mempromosikan filem terbaharu lakonannya bersama Puteri Aishah iaitu Pulang yang bakal menemui penonton pada Julai ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 11 Nov 2024

Pelakon Wanita Popular Didakwa Enggan Bayar Hutang Akhirnya Tampil Beri Respons – “Saya Tak Nak Aibkan Sesiapa”

Pelakon wanita terbabit dikatakan enggan memberikan penjelasan lanjut berhubung perkara berkenaan.

Hiburan Thu, 16 Jan 2025

Nash, Zamani, Ameng & Jatt Ali Bergabung Dalam Konsert Hitster Vol 1 – Otai Sangat Menyengat

Konsert ini bakal diadakan pada 1 Februari 2025 di The Star Theatre, Singapura bermula pukul 8 malam.

Hiburan Mon, 2 Sep 2019
Hiburan Sat, 26 Apr 2025

Dikritik Berisi, Amira Othman Pertahankan Fattah Amin – “Nanti Dia Tak Nak Makan…”

Amira Othman risau Fattah Amin tak makan lepas dikritik berisi

Featured Sat, 16 Apr 2022
Featured Wed, 4 Feb 2026

Video Hadir Photoshoot Tular, Netizen Spekulasi Nampak ‘Baby Bump’ Amira Othman – “Kali Ni Dah Tak Boleh Sorok”

Penyanyi Amira Othman sekali lagi menyorot perhatian warganet selepas video hadir ke sesi penggambaran bagi sebuah produk hijab tular.

Featured Wed, 29 Jun 2022
Hiburan Sat, 27 Jul 2019

Normala Samsudin Kepingin Sambung Belajar…

Normala bahagia melewati kehidupan sebagai suri rumah tangga. Alhamdulillah!

error: Content is protected !!