Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain October 12, 2023 @ 11:18am

Menangis Ketika Live… Luah Rasa Kecewa, Shila Amzah Sifatkan Syafiq Narcissistic

Penyanyi Shila Amzah tampil membuat kenyataan balas ekoran pendedahan yang dibuat oleh adik lelakinya, Syafiq tentang rumah kediaman yang dijualnya itu.

Perkara itu dikongsikan oleh Shila ketika membuat sesi live di Instagram, semalam

Terdahulu, Syafiq mendedahkan bahawa rumah yang didiami ibu dan adik-adiknya itu bukanlah daripada hasil pendapatan Shila sahaja.

Bukan itu sahaja, adik perempuannya, Syada Amzah turut menyifatkan tindakannya mengarah mereka keluar dari rumah kediaman tersebut seperti haiwan yang dihalau.

ARTIKEL BERKAITAN: “Korang Ingat Tak Berjuta Ke Bapa Aku Invest Dekat Dia?” – Adik Lelaki Tampil Perjelas Isu Rumah Nak Dijual, Shila Amzah Bengang Kena ‘Mute’

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa Macam Kita Ni Haiwan Strays… Dah Kena Buang, Kena Halau Lagi” – Syada Amzah Bagi Hint Rumah Nak Kena Jual?

Terkilan dengan tindakan adik lelakinya itu, pelantun lagu Patah Seribu itu turut meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan sikap adik-beradiknya, Syafiq dan Syada.

“Harini hari yang paling sedih. Saya tak sangka sampai ke tahap ini. Adik-beradik kita tak suka dengan kita. Saya baca sendiri mesej yang Syada hantar dekat Aini tentang saya. Dia forward pada saya.

“Saya kecewa sangat sebab memang saya ni bukan kakak yang baik kot. Apa yang saya buat selama ni hanyalah kerja dan tak pernah berhenti. Syafiq tu tak payah sembanglah macam dia ada dekat situ,” katanya.

@xtra_my Replying to @LYNDAMAJID_❤️ Semoga sha terus kuat 🤲🏻😭❤️ #fyp #xtramy #shilaamzah #menangis #syadaamzah #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Menurut Shila, sebelum ini Syafiq pernah beberapa kali mengugutnya untuk menjatuhkan karier nyanyiannya dengan membongkarkan perangai sebenar kakaknya itu.

Malah, Shila menyifatkan adik lelakinya itu seorang yang narsisis kerana tidak sedar akan tindakannya sendiri

“Ketika itu hanya saya dengan mak saya.Diorang nak buat saya play victim? Adik mana je yang ada otak buat posting konon nak dedah kisah sebenar tentang Shila Amzah.

“Dia dah pernah ugut saya pasal benda ni banyak kali. Dia kata dia nak ranapkan karier saya dan ceritakan perangai sebenar saya. Saya macam diorang ni perlukan cermin ke?

“Orang yang narsisistik takkan mengaku salah dia. Dan akan perlekehkan orang yang teruk daripada mereka mentally. Hari ni dia buat benda tu. Saya ingat masa saya happy sangat bila awak lahir dan saya ada adik lelaki,” jelasnya.

@xtra_my Replying to @aisyah Besar tanggungjawab sha sebagai anak sulung😭🤲🏻 #fyp #xtramy #shilaamzah #menangis #syadaamzah #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Dalam pada itu, Shila sempat memohon maaf kepada peminatnya kerana mengundang kebimbangan mereka selepas berkongsi perihal keluarganya ketika live.

Namun, kesedihan itu terus reda selepas penyanyi itu dipujuk oleh suaminya, Ubai.

“Sabar eh relax. Awak kena hadapi benda ni. Jangan nangis. Cukup hujan yang turun, jangan air mata kamu,” kata Ubai.

@xtra_my Replying to @MinEyfaa Semoga sha sentiasa diberikan kekuatan 🤲🏻😭 #fyp #xtramy #shilaamzah #menangis #syadaamzah #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ Sad and lonely – MoppySound

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 15 Jan 2019

看电影流眼泪不是因为玻璃心!研究:爱哭鬼其实是天才

每当电影演到动人心弦之处,爱哭的你一定会落泪;研究证实爱哭鬼其实比一般人更坚强、更有领导力,在团队中可能是杰出的天才呢!

Hiburan Wed, 12 Feb 2025

Nama Disebut-Sebut, Pengurus Nafi Nadeera Terbabit Dalam Kes Penyanyi Ditangkap Khalwat

Pengurus nafi Nadeera Zaini terbabit kes penyanyi khalwat

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Syed Saddiq Berdebat Dengan Pemenang Piala Perdana Menteri Pagi Ini

Generasi muda mereka ini dilihat sebagai teraju utama dalam menjadikan Malaysia lebih baik.

Hiburan Thu, 5 Dec 2024
Hiburan Wed, 30 Apr 2025

“Dulu Dapat F, Sekarang Full Marks!” – Rita Rudaini Terkejut Arjuna Cemerlang Subjek Paling Tak Suka

Pernah ugut berhenti bola, Anak kedua Rita Rudaini bukti berjaya raih keputusan cemerlang

Trending Fri, 8 Mar 2019

Pembantu Rumah ini ditangkap majikan kerana cuba seludup wang dalam kotak minuman!

Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua!

error: Content is protected !!