Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir October 14, 2022 @ 4:56pm

Kedai Shuib Dilanggar Kereta SUV, Pemandu Dipercayai Tertekan Minyak

Pelawak dan usahawan, Shuib mengalami kerugian apabila kedai outlet BubbleBee miliknya di Meru, Ipoh dilanggar oleh sebuah kereta jenis SUV.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, punca kemalangan masih lagi disiasat dan tiada sebarang kecederaan yang berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Kejadian di Outlet BubbleBee Meru, Ipoh. Tak tahu macam mana boleh jadi, tengah siasat. Mungkin pemandu ingat outlet ni pandu lalu.

“Tapi Alhamdulillah semuanya ok, tiada kemalangan. Semoga urusan pemandu dipermudahkan,” tulisnya.

Memetik laporan Harian Metro, Shuib bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Alhamdulillah, tidak ada apa yang membimbangkan dan tak ada kemalangan jiwa.

“Pihak pengurusan juga sudah berbincang baik dengan individu yang melanggar itu. Katanya, dia tertekan minyak, tapi tak ada masalahlah sebab semuanya berjalan lancar.

“Benda boleh buat tuntutan insurans, jadi ia tak memeningkan kepala. Tak perlu nak bergaduh dan menyalahkan sesiapa. Kita anggap ia sebagai kemalangan. Kita pun tak nak, tapi ia dah berlaku.

“Apa yang penting tidak ada kemalangan jiwa. Nasib baik tidak ada kanak-kanak di depan tu. Kalau ada pening juga nak menjawab,” katanya.

Susulan daripada kemalangan itu, pihak pengurusan outlet juga sudah membuat laporan polis.

“Laporan polis pun sudah dibuat semalam. Cuma, masih belum memastikan anggaran kerosakan. Alhamdulillah pihak yang melanggar itu pun memberikan kerjasama yang baik. Jadi, tidak ada apa-apa. Semua okay,” ujarnya.

Meninjau diruangan komen, seorang individu dikenali sebagai @aminyahaya memberitahu, kereta yang dipandu guru sekolahnya itu berkemungkinan tersilap tekan minyak.

“Kereta tu kereta sekolah saya. Orang yang memandu tu guru saya. Kemungkinan tersilap tekan minyak. Mohon maaf dari pihak kami. Pihak sekolah tengah selesaikan bersama pihak BubbleBee,” tulisnya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Jul 2025
Hiburan Sun, 20 Oct 2019

Kak Lina Pom Pom Dirisik! “Izinkan Aku Merasa Detik Ini”

Lima majlis kan? Satu dah pun selesai…Alhamdullillah.

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

South Korea’s First Gay Idol Shares That He was Bullied by Other Idols!

He has expressed his reasons to coming out and even revealed that other idols have bullied him before.

Trending Fri, 19 Jul 2019

Bapa Sahkan Oksana Sudah Cerai?

Rihana Oksana Gorbatenko tular, isu ini masih tiada jawapan sehingga kini.

Hiburan Sun, 11 Jun 2023
Hiburan Thu, 3 May 2018

“We Made It To Kuala Lumpur” – Dua Lipa Akhirnya Teruja

Teruja!  Ini mungkin antara perasaan peminat-peminat beliau pada ketika ini terhadap penyanyi yang mula menempa nama di pentas antarabangsa melalui lagu New Rules nya. Dua Lipa yang kini berada di Malaysia sempena konsert jelajahnya hari ini […]

Featured Tue, 10 May 2022

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Timang Cahaya Mata Ketiga

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dapat anak ketiga

error: Content is protected !!