Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 9, 2023 @ 4:54pm

Sebak! Anak Pilih Nama Uwais Buat ‘Adik’, Shuhada Dakwa Hafidz Tabur Fitnah Gugurkan Kandungan

Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Sukri, 29, merasa terkejut dan kesal dengan prosiding bagi sebutan pengesahan lafaz cerai yang ditangguhkan kepada  20 Jun depan.

Menurut Shuhada dia reda dan percaya dengan takdir Allah apatah lagi suaminya itu juga sudah pun mempunyai pengganti.

“Saya tidak mahu panjangkan buat apa lagi sebab dia pun sudah ada pilihan, jadi saya reda. Allah sudah tulis takdir saya sebegitu.

“Jadi, saya betul-betul berserah pada Allah kerana tahu ini adalah yang terbaik buat saya.

“Cuma saya kesal sebab hari ini saya ingatkan semuanya akan selesai. Saya sudah bersedia untuk menjalankan perbicaraan, tetapi pihak sana (Hafidz) minta penangguhan. Jadi, saya agak terkejut,” katanya.

Sementara itu, Shuhada yang tidak dapat menahan sebak ketika ditemubual media meluahkan perasaan kecewanya apabila menjawab tuduhan kononnya dia menggugurkan kandungannya secara haram.

“Allah maha baik, Anak Shu dah tunggu kat syurga. Lagipun, semua sudah maklum bahawa saya keguguran dan netizen pun bertanya siapa yang memfitnah saya, tetapi bukan netizen, sebaliknya yang memfitnah saya adalah individu yang mengaku membuat perkara demikian (Hafidz).

“Takkanlah saya mahu menggugurkan, saya mengandung dan bayi ini dalam rahim saya. Anak-anak pun sudah memberi nama iaitu Uwais.

“Jadi, sekarang kes ini dalam siasatan sebab saya belum memberi kenyataan kepada polis dan pulang ke Perlis hari ini barulah saya akan memberi kenyataan di Balai Polis Kangar,” jelasnya.

Artikel berkaitan: Shuhada Didakwa Gugurkan Kandungan Secara Haram,  Ini Respons Hafidz Roshdi – “Dia Siap Minta Kos Bayaran Untuk…”

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, di sini, menetapkan hari ini bagi sebutan semula kes cerai pasangan itu.

Prosiding membabitkan isu baharu apabila Nurul Shuhada mendakwa suaminya melafazkan cerai terlebih dulu melalui aplikasi WhatsApp pada 22 Januari lalu.

Seterusnya, pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Mahkamah kemudian membenarkan Hafidz diikat jamin RM4,000, selain turut memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 26 Jun 2021

Drama Bersiri Sabarlah Duhai Hati & Kekasih Hati Mr Bodyguard Bakal Kembali Dengan Sekuel!

Dua drama yang menjadi fenomena di bulan Ramadan dan Syawal baru-baru ini melayangkan berita baik iaitu Sabarlah Duhai Hati dan Kekasih Hati Mr Bodyguard bakal kembali dengan sekuel tidak lama lagi. Peminat drama Melayu tidak […]

Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Persembahan ‘Intim’ Shawn Mendes, Camila Tarik Perhatian Dunia

Pasangan ini membuat penonton menjerit ketika mereka menari, saling ‘menggoda’, dan hampir bercium.

Kes Mahkamah Fri, 15 Dec 2023

Perbicaraan Disambung Semula, Hakim Arahkan Kes Amang Seksual PU Azman Dibuat Secara Tertutup

Hakim mengarahkan semua yang tidak terlibat dengan kes terbabit untuk keluar selepas saksi ke-11 dipanggil bagi memberi keterangan.

Hiburan Fri, 19 Jun 2026

Patimah Ismail Titip Pesanan Buat Netizen, Mohon Jangan Ganggu Kebahagiaan Fazura & Que Haidar

Datin Patimah turut meninggalkan komen yang mengundang perhatian ramai apabila meminta orang ramai supaya tidak mengganggu kebahagiaan ‘pasangan’ berkenaan.

Featured Fri, 10 Apr 2026

Muat Naik Foto Berbaju Melayu, Jefri Nichol Tegur DMA Islam Minta ‘Stretching’ Sebelum Ambil Gambar

DMA Islam sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa foto dirinya tampil segak mengenakan baju Melayu lengkap bersampin hitam di media sosial.

Events Fri, 7 Jun 2019

#DramaRaya2019 : Kasih Ibu Membawa Ke Syurga Dalam Batik Zakiah

Dugaan yang datang silih berganti ini adalah pengajaran bagi kita dalam menempuhi liku-liku kehidupan

error: Content is protected !!