Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 19, 2026 @ 11:04am

Patimah Ismail Titip Pesanan Buat Netizen, Mohon Jangan Ganggu Kebahagiaan Fazura & Que Haidar

Isteri kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail mencuri perhatian ramai apabila tampil meninggalkan komen dalam sebuah video yang memaparkan kemesraan antara Nur Fazura dan Que Haidar.

Menerusi platform Threads, video yang dimuat naik oleh seorang netizen itu memperlihatkan momen mesra antara Fazura dan Que sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menyifatkan mereka kelihatan sepadan.

Tidak ketinggalan, Datin Patimah turut meninggalkan komen yang mengundang perhatian ramai apabila meminta orang ramai supaya tidak mengganggu kebahagiaan ‘pasangan’ berkenaan.

“Mereka sedang bahagia. Jangan diganggu kebahagiaan ini,” tulisnya ringkas.

Malah, ini bukan kali pertama Patimah menunjukkan sokongan terhadap kedua-dua selebriti itu apabila sebelum ini dia pernah memberi bayangan seolah-olah merestui mereka sekiranya benar-benar mempunyai hubungan istimewa.

Bagaimanapun, Fazura sebelum ini menjelaskan dia amat menghargai Que sebagai seorang sahabat.

Terdahulu, hubungan rapat Fazura dan Que menjadi perhatian ramai selepas mereka dilihat sering bekerjasama sehingga mencetuskan pelbagai andaian dalam kalangan peminat dan netizen.

Artikel Berkaitan: Patimah Ismail Puji Nur Fazura Ikhlas Dalam Persahabatan, Netizen Dakwa Ayat ‘Kejarlah Kalau Sayang’ Tuju Pada Que Haidar?

Artikel Berkaitan: “Hati Dia Memang Baik” – Akui Banyak Persamaan, Fazura Tampil Perjelas Hubungan Sebenar Dengan Que Haidar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 17 Aug 2019

‘Tips’ Guna Cerek Hotel Rendam Dan Cuci Seluar Dalam

Jadi bila menginap di hotel kena lebih berhati-hati. Cuci dulu cerek sebelum guna atau jangan gunakan langsung

Featured Sun, 21 Mar 2021

Bila Boleh Rentas Negeri? Ini 6 Faktor Penilaian Risiko Oleh KKM

Bulan Ramadan dan Syawal bakal menjelang tiba dan pastinya ramai yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman. Walaupun sekatan rentas negeri masih belum dibenarkan di antara kawasan hijau, namun adalah tidak mustahil untuk orang […]

Kisah Viral Sat, 8 Jun 2024
Featured Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] “Bijak Guna Duit Beli Tanah, Bukan Main Saham” – Syamsul Yusof Tayang Dusun Durian Musang King Raih Pujian Netizen

Wowwwww! Syamsul Yusof dah sibuk jadi petani ke sekarang? Serba boleh lah lengkap pakej 3 P – Pengarah, Pelakon & Petani! Hiks 🤩

error: Content is protected !!