Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi February 20, 2024 @ 10:22am

Trisha Ooi Belum Ada Masa Bercinta, Idam Lelaki ‘Family Man’ – “Tapi Bukanlah Dengan Laki Orang”

Pelakon Trisha Ooi mengakui lebih selesa memberi tumpuan kepada karier lakonannya berbanding soal cinta.

Bercakap kepada XTRA, Trisha atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi turut menjelaskan dia tidak fokus untuk mencari jodoh serta belum punyai masa untuk bercinta.

“Tiada… keluarga saya sangat memahami, ibu saya juga menyokong karier saya. Saya ada beritahu dia yang saya mahu fokus sepenuhnya dalam bidang lakonan.

“Siapalah saya untuk menutup hati saya. Apa yang saya fikir adalah saya mahu tumpu kepada karier saya terlebih dahulu.

“Saya tak fokus mencari dan ke arah itu, jadi bagaimana orang nak mendekati. Dan belum masa untuk bercinta,” katanya kepada pemberita.

Trisha ditemui pada Malam Gala dan Sidang Media filem lakonannya iaitu Janna Endoro di Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Dalam pada itu, gadis usia 25 tahun itu juga memaklumkan dia tidak meletakkan sebarang sasaran untuk menamatkan zaman bujang.

“Saya juga tiada sasaran dalam hal itu. Saya okey saja kerana ia terletak pada jodoh.

“Kalau ada, Alhamdulillah, jika tiada saya juga okey saja.

“Saya tidak kisah lelaki itu orang dalam industri atau orang biasa, yang penting seorang yang ‘family man’,” kongsinya.

Biarpun belum membuka hati kepada mana-mana jejaka, Trisha turut berkongsi ciri-ciri lelaki idamannya.

“Saya suka seorang yang ‘family man’, disebabkan saya seorang yang rapat dengan keluarga saya.

“Tapi bukanlah dengan mana-mana lelaki yang dah bekeluarga, kita tak mahulah jadi penyondol.

“Kita boleh tahu sama ada dia dah berpunya atau belum, naluri seorang perempuan kan,” tutupnya.

Janna Endoro yang dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Trisha Ooi, Pekin Ibrahim, Wan Hanafi Su, Josiah Hogan, Syed Aiman, Danie X-Factor dan ramai lagi itu bakal menemui penonton bermula 22 Februari ini di pawagam seluruh Negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Tolak Tawaran Berlakon Untuk Tampil Seksi Walau Bayaran Tinggi, Trisha Ooi Berpegang Teguh Dengan Prinsip

ARTIKEL BERKAITAN: Tonton Apa Hari Ni: ‘My Lovely Driver’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Apr 2026

“Kami Ni Orang Tengah Je, Yang Bantu Azar Azmi Ni Bukan Mama Atau Papa Tapi Anda Semua Yang Berhati Mulia” – Isteri Aliff Syukri

Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida tampil menzahirkan penghargaan terhadap rakyat Malaysia yang disifatkannya penuh dengan sifat belas ihsan selepas membantu pelakon, Azar Azmi.

Hiburan Wed, 6 Dec 2023

Beri Penjelasan Soal DM Berbaur ‘Anti-Jews’, Kaka Azraff Akui Terkilan Kontrak Ditamatkan Secara Tiba-Tiba

‘Saya terkilan kerana ia ditamatkan secara tiba-tiba tanpa sebab jelas atau ruang perbincangan’ – Kaka Azraff

Hiburan Wed, 16 Aug 2023
Trending Thu, 25 Jun 2020
Featured Thu, 25 Nov 2021

Waspada Dalam Mengikuti ‘Add Yours’ Challenge Di Instagram

Pada awal November lalu, Instagram memperkenalkan ‘Add Yours’ sticker yang membolehkan pengguna mencipta rangkaian umum di ‘Insta story’ dimana pengguna yang memulakan ‘Add Yours’ sticker tersebut boleh melihat respon dari pengguna yang menggunakan sticker mereka. […]

Featured Thu, 9 Apr 2026

Alami Alahan Teruk Pada Trimester Pertama, Nelydia Senrose Sebak Kongsi Momen Bakal Bergelar Ibu – “Ini Adalah Apa Yang Saya Doakan Selama Ni’

Pelakon, Datin Nelydia Senrose meluahkan rasa syukur apabila akhirnya dikurniakan rezeki zuriat selepas tujuh tahun penantian.

error: Content is protected !!