Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 9, 2026 @ 4:08pm

Alami Alahan Teruk Pada Trimester Pertama, Nelydia Senrose Sebak Kongsi Momen Bakal Bergelar Ibu – “Ini Adalah Apa Yang Saya Doakan Selama Ni’

Pelakon, Datin Nelydia Senrose meluahkan rasa syukur apabila akhirnya dikurniakan rezeki zuriat selepas tujuh tahun penantian.

Menurut Nelydia atau nama lengkapnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 31, berita kehamilan itu hadir sebagai satu anugerah yang tidak pernah dijangka.

“Alhamdulillah, itu adalah satu rezeki yang datang daripada yang tidak disangka. Saya sangat bersyukur dan hargai apa yang saya dapat sekarang,” katanya.

Nelydia berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis pembukaan rasmi Restoran Seminyak Indonesia Soul Food yang diadakan di KLGCC Mall, Kuala Lumpur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose

Mengimbas detik awal mengetahui dirinya berbadan dua, individu pertama yang mengetahui mengenai berita gembira itu adalah ibunya sekali gus mengakui perasaan itu sukar untuk digambarkan kerana sudah lama menantikan momen berkenaan.

“Bila first saya dapat tahu perkara tu,  saya bagitahu ibu saya dan benda tu buat saya gembira. Alhamdulillah.

“Semua orang tahu saya sudah tujuh tahun menantikan saat ini. Jadi ia adalah rezeki yang benar-benar saya nantikan. Saya sangat gembira dan bersyukur,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: Hadiah Anniversary Ke-7 Perkahwinan Paling Indah, Nelydia Senrose Umum Hamil Anak Pertama

Artikel Berkaitan: “Dulu Dengan Nelydia Sama-Sama TTC, Sekarang Tinggal Saya Seorang Belum Ada Rezeki Anak” – Aprena Manrose

Berkongsi mengenai alahan, Nelydia memaklumkan dia hanya mengalami perkara itu ketika waktu diawal kehamilannya.

“The first three months was the first three months tu quite bad juga sebab tak pernah tahu kan perasaan tu. So bila first time cuba first three months tu memang agak rasalah juga tapi saya enjoy, saya suka saya benda itulah yang saya doakan selama ini,” kongsinya.

Dalam pada itu, teraju utama drama popular TV3 Setia Hujung Nyawa  itu turut memohon doa daripada semua agar urusan kehamilannya dipermudahkan sehingga tiba waktu melahirkan.

Meskipun tidak memperincikan mengenai perjalanannya untuk mendapatkan zuriat atau trying to conceive (TTC), Nelydia bagaimanapun menganggap pemberian rezeki itu datang pada waktu yang sangat repat.

“Saya percaya rezeki Allah datang tepat pada waktunya. Saya tidak pernah terlalu terbuka berkongsi perjalanan ini kerana ia sesuatu yang amat peribadi.

“Saya percaya apabila kita reda, terima dan tidak putus berdoa, Allah akan beri pada waktu yang tepat,” ulasnya.

Dalam pada itu, Nelydia juga  turut menitipkan kata semangat kepada pasangan yang masih menantikan zuriat agar tidak berputus asa.

“Jangan putus asa dan sentiasa percaya. Apa yang kita mahukan mungkin bukan pada waktu yang kita jangka, tetapi Allah tahu bila masa yang terbaik,” kongsinya.

Berkongsi detik awal memaklumkan berita gembira itu, Nelydia berkata individu pertama yang dimaklumkan adalah ibunya.

“Bila saya tahu, saya terus beritahu ibu. Semuanya berlaku sangat pantas dan tanpa perancangan, tetapi kami sangat gembira,” ujarnya.

Untuk rekod, Nelydia mendirikan rumah tangga dengan Mohd Hafez pada 6 April 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Featured Fri, 4 Jan 2019

Suka Simpan Barang Lama Sampai Sesak Rumah? Itu Bererti Anda Sakit!

Tak serabut otak ke tengok rumah macam pusat pelupusan sampah?

Trending Sun, 22 Apr 2018

Merajuk Dengan Keluarga, Kanak-Kanak Bawa Diri Ke Bali Seorang Diri!

Emma berasa terkejut dan tidak boleh menjelaskan bagaimana perasaannya selepas mengetahui anaknya itu ke luar negara seorang diri dan menginap di Hotel All Season yang bertaraf empat bintang…Memang berani lah awak dik!

Featured Tue, 30 Sep 2025

M. Nasir ‘Sang Genius’ Yang Masih Berbisa, Bawa 31 Lagu Di Konsert Cipta 3 – “Syukur Di Usia Ini Saya Masih Bekerja Lagi”

Datuk Dr M.Nasir sekali lagi membuktikan kehebatan apabila menggegarkan pentas Konsert Cipta 3 dengan 31 buah lagu hit ciptaannya.

Trending Thu, 9 Apr 2020
Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Happikiddo Anjur ‘Baby Shower’ Untuk Hanis Zalikha

Majlis istimewa ini telah dianjurkan oleh HappiKiddo yang mana Hanis telah dilantik menjadi duta rasmi mereka.

Selebriti Sun, 16 Jul 2023
Hiburan Wed, 14 Sep 2022

Aman Shah Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah 🤲🏼

error: Content is protected !!