Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 9, 2026 @ 11:31am

“Dulu Dengan Nelydia Sama-Sama TTC, Sekarang Tinggal Saya Seorang Belum Ada Rezeki Anak” – Aprena Manrose

Pelakon, Aprena Manrose menyentuh hati ramai apabila meluahkan perasaannya sebagai seorang wanita pejuang dua garis.

Menerusi perkongsian di platform Threads miliknya, Aprena atau nama lengkapnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 36, mendedahkan dia bersama saudaranya yang juga selebriti, Nelydia Senrose saling berusaha untuk hamil atau ikhtiar mendapatkan zuriat.

Namun begitu, Nelydia baru sahaja mengumumkan berita gembira yang kini sedang berbadan dua setelah tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan bersama suami, Mohd Hafez.

“Saya nak meluah sekejap. Dulu saya dan Nelydia Senrose sama-sama ‘trying to conceive’ (TTC). Kita kuatkan sesama kita. Sekarang, tinggalah saya seorang saja yang belum ada rezeki anak.

“Semua cousins dah beranak pinak. Saya bila lagi Ya Allah?,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan pesanan kepada Aprena agar dia menemui jodoh yang lebih baik, sekali gus diberikan rezeki untuk bergelar ibu suatu hari nanti.

Imbas kembali, Aprena pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016 sebelum pasangan itu sah bercerai pada Jun 2025.

Artikel Berkaitan: Aprena Manrose Akui Ramai Lelaki Dekati Lepas Cerai, Tapi Belum Sedia Buka Hati – “Penat, Nak Nikmati ‘Single’ Dulu”

Artikel Berkaitan: Aprena Manrose Akui Pernah Cuba ‘Selamatkan’ Rumah Tangga Ketika Masih Dalam Idah – “Saya Reda, Dekatkan Diri Kepada Allah…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Apr 2025

Bakal Sajikan Lebih 20 Lagu, Amy Search Sedia ‘Menggila’ Atas Pentas Axiata Pada Konsert Solo Pertama!

Bertemakan Rock It Like Amy, konsert ini bakal berlangsung selama dua jam

Featured Sun, 18 Dec 2022
Featured Tue, 7 Mar 2023

“Dia Terbuka Untuk Mencuba” – Yazmin Aziz Kongsi Teman Lelaki Minat Kenali Budaya Melayu & Agama Islam

Kekasih saya bukan orang Islam tapi dia sangat menghormati agama Islam – Yazmin Aziz

Hiburan Fri, 6 Dec 2019

Nadia Aqilah Lahirkan Cahaya Mata Sulung

Tahniah Nadia dan suami!

Hiburan Sat, 8 Jun 2024
Featured Wed, 22 Apr 2026

“Saya Masih Hormat Senior Saya Tu” – Liza Hanim Kesal Kemenangan Anak Jadi Bahan Sindiran

Liza Hanim kesal apabila kemenangan anaknya, Marsya Qistina menerusi program hiburan realiti baru-baru ini kembali menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen.

error: Content is protected !!