Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 22, 2024 @ 12:24pm

“Hari Yang Gelap Untuk Saya…” – Yasin Sulaiman Dipenjara Seumur Hidup, Terima 16 Sebatan

Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan terhadap komposer dan penyanyi, Yasin Sulaiman.

Keputusan tersebut dilakukan oleh Hakim Datuk Norsharidah Awang yang diambil selepas Yasin disahkan bersalah atas tiga pertuduhan dadah pada dua tahun lalu.

Memetik laporan Berita Harian, difahamkan Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 48, terus dibawa ke Penjara Kajang dalam keadaan digari.

“Hari ini hari yang gelap untuk saya,” kata Yasin.

Yasin didakwa memiliki dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193/7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, Kota Damansara pada 24 Mac lalu.

Seterusnya Yasin turut didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga pula, Yasin didakwa mengambil dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya pada tarikh sama.

Artikel Berkaitan: Yasin Sulaiman Dakwa Terima Lawatan PM, Rakan Artis Di Hospital Bahagia

Artikel Berkaitan: Yasin Sulaiman Dibebas & Dilepas Daripada 3 Pertuduhan Dadah, Mahkamah Perintah Dimasukkan Ke Hospital Bahagia

Artikel Berkaitan: Cipta 13 Buah Lagu Dalam Penjara, Yasin Sulaiman Sudah Ada Calon Penyanyi – “Keluar Nanti Saya Kongsikan Pada Semua”

Sumber: Berita Harian

Kredit foto: Kosmo/BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 24 May 2021

Tengku Hassanal Sumbang Elaun DiRaja Selama 3 Bulan Buat Rakyat Palestin

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ye dak???

Featured Wed, 7 Aug 2024

Puteri Khareeza Merancang Untuk Ada Anak, Mahu Habiskan Pelajaran Terlebih Dahulu

Kadang memang perlu juga nak rancang ni, kena fikir banyak benda 🥺

Kisah Viral Tue, 8 Apr 2025
Hiburan Fri, 23 Jan 2026
Hiburan Thu, 8 Aug 2019

Jakarta ‘Special’ Untuk Kami- Westlife

Westlife dijangka membuat persembahan di Stadium Malawati, Shah Alam, malam ini. Korang dah beli tiket ke belum?

TECH Mon, 20 Feb 2023
error: Content is protected !!