Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 16, 2026 @ 1:22pm

Aprena Manrose Akui Ramai Lelaki Dekati Lepas Cerai, Tapi Belum Sedia Buka Hati – “Penat, Nak Nikmati ‘Single’ Dulu”

‘Penat Dah…’

Demikian pengakuan jujur pelakon, Aprena Manrose ketika disoal sekiranya dia terbuka untuk melalui hubungan cinta semula selepas melalui episod perceraian dalam perkahwinan terdahulu.

Menurut Aprena atau nama lengkapnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 33, buat masa ini dia memilih untuk tidak terburu-buru memikirkan soal hubungan baharu, sebaliknya mahu memberi ruang kepada diri sendiri untuk pulih sepenuhnya dari segi emosi.

“Sebenarnya penat. Kalau boleh saya mahu merawat luka dahulu. Saya dah bercinta dari usia 18 tahun, kemudian berkahwin ketika berusia 23 tahun.

“Jadi sekarang ini masa untuk saya berehat, sayangi diri sendiri dahulu dan lebih fokus pada diri,” katanya.

Bagaimanapun, Aprena tidak menafikan selepas kembali solo, ada lelaki yang cuba mendekatinya.

Malah, ada yang terus menyatakan hasrat untuk berkahwin dan menjalinkan hubungan lebih serius, namun dia tetap dengan keputusannya untuk tidak tergesa-gesa membuka hati.

“Ada lelaki yang mahu berkahwin dan terus ke peringkat serius. Mereka ajak saya berkahwin sebab umur saya bukan muda lagi.

“Tetapi seperti yang saya katakan, beri saya masa antara dua hingga tiga tahun. Saya nak ‘single’ dahulu sebab sebelum ini fikir pasal pasangan pun tak habis. Saya nak utamakan perasaan sendiri terlebih dahulu,” jelasnya.

Aprena berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara rakaman Melodi Raya 2026, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Aprena mengakui pernah terfikir sama ada masih ada lelaki yang sudi menerima dirinya selepas memegang status janda.

“Saya fikir mungkin selepas cerai tiada lelaki yang sudi dengan saya. Selalu juga saya tertanya, ada lagi ke lelaki yang mahu mendekati saya yang sudah bergelar janda?

“Rupa-rupanya ada saja yang cuba dekati, tapi saya belum bersedia untuk serius.

“Alhamdulillah, semua yang hadir dalam hidup saya selepas cerai adalah orang yang baik-baik,” katanya.

Untuk rekod, Aprena pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016 sebelum pasangan itu sah bercerai pada Jun 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Nov 2025

Sharnaaz Ahmad Luah Rasa Rindu Buat Arwah Ayah – “Terima Kasih Ajar Saya Jadi Manusia Kental”

Sharnaaz Ahmad berkongsi momen penuh emosi apabila dia kembali mengenang pemergian arwah ayahnya, Datuk Basir Ahmad Nazir Ahmad

Trending Sat, 20 Oct 2018

Ngeri! Anak Beranak Nekad Terjun Sungai Angkara Terlalu Banyak Hutang

Mayat tiga beranak, Baharom Ahmad, 66, Norma Pin, 64, dan Norzalina Baharom, 35, ditemui orang awam terapung di sungai di dua lokasi berlainan di Arau.

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

主持人小玉首次担岗舞台剧《鬼同你结婚》 女角

主持人小玉跨界舞台剧!首次担岗「败坏文青」梁文聪舞台剧《鬼同你结婚》 女角。

Featured Wed, 26 Apr 2023
Trending Mon, 23 Apr 2018

Kate Middleton Selamat Lahirkan Anak Ketiga

“Kate dan anak berada dalam keadaan sihat,” menurut kenyataan istana.

Trending Wed, 11 Aug 2021
Featured Fri, 9 Dec 2022
Trending Sun, 17 Dec 2017

Henti Tular Video Pembunuhan Itu Kata PDRM

Hentikan tilar video lelaki yang ditikam dan dilangar ketika bergelut dengan sekumpulan penjenayah di Jalan Sri Pelangi,

error: Content is protected !!