Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir March 18, 2023 @ 2:06pm

Fyna Jebat Tarik Semula Laporan Polis Terhadap Madu – “Saya Tak Kisah Jika Nak Duduk Atau…”

Penyanyi Fyna Jebat bersyukur insiden bersama madunya, Datin Zalina Zaini berakhir dengan baik.

Sudah menarik balik laporan polis yang dibuat, naib juara program Famili Duo berterima kasih atas segala doa yang dilayangkan kepada mereka.

“Alhamdulillah syukur. Terima kasih sangat-sangat, saya tahu ramai yang mendoakan terbaik buat kami.

“Jadi, teruskanlah mendoakan kebahagian semua, Insya-Allah” katanya.

Sebelum ini, Fyna membuat pengakuan sudah bergelar isteri kedua kepada bekas bintang bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Terdahulu, Fyna didakwa terbabit dalam perbalahan dengan madunya dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam.

Disoal sama ada dia dan madu boleh duduk bersama, adik kepada penyanyi Ayda Jebat ini tiada masalah dengan perkara itu.

“Saya tidak kisah jika hendak duduk atau makan semeja dengan madu, cuma ketika ini saya ada kekangan dengan jadual kerja yang padat.

“Namun untuk pihak dia, saya tidak berani nak berikan sebarang komen. Lebih baik tanya sendiri kepada pihak sana sendiri dan kita doakan yang baik-baik,” katanya.

Fyna ditemui di majlis pelancaran Eodos Serum jenama Elegant Cosmetics pada Jumaat.

Majlis sama turut memperkenalkan Hannah Delisha selaku duta produk.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Aug 2022
Hiburan Sat, 5 Jan 2019
Hiburan Thu, 17 Jan 2019

#AJL33: Pertama Kali Beraksi Di Final, Siti Sarah Mengaku Rasa Takut

Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau tiada bermakna saya perlu mencuba lebih baik lagi di masa akan datang…

Trending Wed, 3 Sep 2025
Hiburan Mon, 26 Feb 2018

Kilafairy dilabel Penari Tiang? Bikin Orang Ramai Naik Ghairah

Ada pihak yang turut mengecam beliau kerana penampilannya yang dilabel sebagai Penari Tiang sekaligus ada yang menjadikan beliau sebagai simbol seks kerana bentuk tubuhnya itu.

Hiburan Sun, 30 Jul 2023
error: Content is protected !!