Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie January 28, 2024 @ 8:57pm

“Sebelum Ini Tiada Lagi Perdana Menteri Sebegini” -Jalil Hamid Terharu Terima Sumbangan Anwar Ibrahim

Pelakon veteran, Jalil Hamid sukar menggambarkan rasa gembiranya atas jasa baik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan sumbangan kepadanya semalam.

Menurut Jalil, dia amat terharu dan berterima kasih atas keprihatinan Anwar yang mengambil berat akan kesusahan yang ditanggung oleh kebanyakan penggiat seni veteran.

“Ia satu benda yang sangat baik dan bermakna. Terima kasih sekali lagi kepada beliau (Anwar) kerana sama-sama menolong, membantu dan mengenang jasa artis-artis kita.

“Sebelum ini, saya dapat juga sumbangan daripada beberapa pihak lain seperti Pusat Zakat Selangor (PZS).

Ia termasuklah ada juga pihak tertentu beri sumbangan beras dan makanan.

“Namun, sumbangan daripada Anwar agak istimewa.

“Syukur masih ada yang ingatkan kita yang sudah berumur dan tidak lagi mampu bekerja,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, pelantun lagu Ayam itu dan rakan artis lain berbangga kerana memiliki pemimpin tertinggi kerajaan yang ingat jasa-jasa mereka.

“Sebelum ini, tiada lagi Perdana Menteri sebegini yang memberikan tanggungjawab kepada suatu badan atau persatuan.

“Macam inilah, Perdana Menteri yang ada rasa prihatin terhadap penggiat seni. Semoga usaha ini diteruskan lagi. Sekarang pun kita dalam keadaan yang payah, jadi berbanyak terima kasih diucapkan.

“Saya tak mampu nak cakap apa-apa lagi. Namun, dalam kepayahan kita, masih ada yang tolong. Alhamdulillah,” luahnya.

Dalam pada itu, bertanya mengenai tawaran lakonan, Jalil ada menerima lamaran tetapi perlu mempertimbangkannya baik-baik lantaran memikirkan faktor kesihatannya.

“Baru-baru ini, saya berlakon di bawah arahan Aziz M Osman untuk dua tiga babak drama. Ia macam kawan-kawan beri peluang.
“Dia pun risau juga nak bagi berlakon, kalau kita sakit dalam masa ‘shooting’ dan jadi serba salah pula.

“Namun tawaran ini diberikan sebagai sokongan moral. Untuk bawa watak besar memang payah juga.

“Kalau ‘shooting’ filem agak lama, manakala drama pun kadangkala makan masa berminggu juga.

“Apa yang boleh ialah saya ambil yang kecil-kecil saja. Kita pun faham keadaan kesihatan sendiri dan tak nak menyusahkan mana-mana pihak,” ujarnya.

Sumber : Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 1 Jul 2025
Hiburan Thu, 21 Aug 2025
Drama Fri, 3 Mar 2023
Hiburan Fri, 19 Jun 2026

“Tak Nak Berhutang, Tiada Komitmen Tinggi” – Anzalna Nasir Mahu Hidup Tenang, Nikmati Masa Bersama Keluarga

Menurut Anzalna, dia kini lebih selesa menikmati kehidupan dengan melakukan perkara yang membuatkannya gembira termasuk melancong dan meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang.

Featured Fri, 5 Jun 2026

“Kaum Wanita Kena Ada Duit Sendiri, Jangan Tunda Hidup Tunggu Lelaki Yang Tepat ”- Mimi Lana

Mimi Lana berkata golongan wanita tidak seharusnya mengehadkan kebahagiaan diri sendiri semata-mata untuk kebaikan orang lain

Hiburan Sat, 7 Feb 2026

“Senang-Senang Tengok Video Saya” – Syaiful Zero Jawab Tuduhan Kutip Sumbangan Untuk Kegunaan Peribadi

Syaiful Zero menegaskan setiap sumbangan yang diterima disalurkan sepenuhnya bagi tujuan infaq

Hiburan Sun, 28 Jul 2019
Hiburan Tue, 26 Feb 2019

Bapa Aliff Syukri Meninggal Dunia, Al-Fatihah…

“ Abah kena kuat…saya tak puas berbakti pada abah…Syukri banyak dosa dengan abah,” tulisnya.

error: Content is protected !!