Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 5, 2026 @ 3:37pm

“Kaum Wanita Kena Ada Duit Sendiri, Jangan Tunda Hidup Tunggu Lelaki Yang Tepat ”- Mimi Lana

“Bukan semua orang akan gembira apabila kamu berjaya”.

Demikian luahan Mimi Lana menerusi kenyataan di platform media sosial miliknya baru-baru ini.

Kata Mimi atau nama lengkapnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 31, golongan wanita perlu mengutamakan diri sendiri dalam segala hal termasuklah menghargai diri sendiri.

Akuinya, golongan wanita tidak seharusnya mengehadkan kebahagiaan diri sendiri semata-mata untuk kebaikan orang lain kerana tidak semua manusia itu suka untuk meraikan kejayaan individu disekelilingnya.

“Para wanita, carilah duit sendiri. Pilihlah jalan hidup sendiri. Bekerja keras. Kerapkan bercuti. Jaga kesihatan. Sayangi ibu bapa. Beli beg tangan. Tempah penerbangan.

“Cuba perkara yang menakutkan kamu. Jangan tangguhkan kehidupanmu semata-mata menunggu lelaki yang tepat.

“Orang akan pergi. Hubungan akan berakhir. Kawan-kawan akan berubah. Bukan semua orang akan gembira apabila kamu berjaya,” katanya di Threads.

Dalam masa sama, pelakon filem Polong itu berpendapat wanita yang memiliki kestabilan hidup tidak akan goyah meskipun berdepan dengan sebarang konflik kehidupan.

“Jadi, bina kehidupan yang tidak akan runtuh hanya kerana seseorang memilih untuk pergi. Buat diri sendiri bangga. Buat diri sendiri bahagia. Bebaskan diri sendiri.

“Pada akhirnya, diri kamu ialah satu-satunya insan yang akan bersama kamu setiap saat sepanjang hidup ini. Jadi, laburlah untuk diri sendiri,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 1 Jul 2025

[VIDEO] “Biar Tak Popular, Asal Dikenang Sebagai Manusia Baik” – Fimie Don

Fimie Don rela mati meninggalkan nama baik daripada buruk

Hiburan Fri, 9 May 2025
Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Aliff Syukri Terima Teguran Wardina Tapi…

Aliff Syukri meminta agar semua pihak tidak memberi tekanan kepada isterinya kerana dikhuatiri mengundang masalah berat.

Featured Fri, 24 Mar 2023
Hiburan Tue, 5 Sep 2023
Hiburan Tue, 9 Jun 2026

Sarimah Ibrahim Ambil Tindakan Undang-Undang, Mahu Henti Fitnah & Gangguan Dalam Talian

Sarimah akhirnya mengarahkan pihak peguam untuk mengambil tindakan undang-undang demi melindungi nama baik, kesejahteraan peribadi

error: Content is protected !!