Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar March 24, 2020 @ 6:03pm

Buat pemeriksaan sendiri dengan jawab 12 soalan COVID-19

Kebimbangan mengenai COVID-19 yang kini sudah mencatat 339,831 kes jangkitan di seluruh dunia menyebabkan ramai yang hadir ke klinik kesihatan atau hospital kerajaan bagi membuat saringan.

Di Malaysia umpamanya, sejak beberapa hari lalu, semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan dibanjiri orang ramai yang bimbang, malah ada yang dikatakan memaki hamun petugas kesihatan hanya kerana dimaklumkan tidak perlu membuat ujian saringan berkenaan.

Petugas Kesihatan Daerah Kuantan melakukan proses saringan kepada penumpang penerbangan Singapura-Kuantan yang tiba di terminal ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS) bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19 hari ini. (Gambar hiasan/BERNAMA)

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pusat Kesiapsagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM), batuk, selesema atau demam tidak bermakna seseorang itu mempunyai gejala berkaitan COVID-19.

Harga ujian saringan COVID-19 yang mencecah sehingga RM400 setiap satu agak mahal dan boleh menyebabkan perbelanjaan kerajaan meningkat  sekiranya setiap individu yang datang diberikan ujian saringan berkenaan.

Sehubungan itu, rakyat diminta bertenang dan pastikan datang untuk melakukan saringan hanya jika tersenarai dalam golongan berisiko, mempunyai kontak atau terdedah kepada individu yang disahkan positif COVID-19 dan menunjukkan gejala berkaitan COVID-19.

ARTIKEL BERKAITAN: 6 kematian terkini akibat COVID-19 direkodkan

Mereka yang disenaraikan sebagai berisiko adalah seperti berikut:

  1. Warga emas
  2. Kanak-kanak
  3. Wanita mengandung
  4. Pesakit kronik (diabetes, hipertensi, jantung dan asma)
  5. Pesakit imuniti rendah (kanser dan HIV)

Bagi memudahkan, masyarakat digalakkan untuk membuat pemeriksaan sendiri dengan menjawab 12 soalan yang disenaraikan bagi menentukan sama ada anda mempunyai gejala berkaitan atau sebaliknya.

Kerjasama semua pihak dapat mengurangkan panik dalam kalangan masyarakat, sekali gus diharap dapat membendung penularan jangkitan COVID-19 bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Permaisuri Agong masak untuk kakitangan hospital

Berikut adalah 12 soalan yang perlu anda jawab:

  1. Anda batuk?
  2. Anda selesema?
  3. Anda mengalami cirit-birit?
  4. Anda mengalami sakit tekak?
  5. Anda mengalami MYALGIA atau sakit-sakit badan?
  6. Anda sakit kepala?
  7. Anda demam (dengan suhu melebihi 37.8 darjah Celsius)?
  8. Anda mengalami kesukaran untuk bernafas?
  9. Anda sering mengalami keletihan?
  10. Pernahkah anda melakukan perjalanan ke luar negara sejak 14 hari lalu?
  11. Adakah anda sejarah melakukan perjalanan ke tempat terkesan akibat COVID-19?
  12. Adakah anda mempunyai kontak secara langsung atau menjaga pesakita yang positif COVID-19

Jawab soalan berkenaan dan kira markah yang diperoleh berdasarkan carta berikut.

Sekiranya anda mencatatkan markah tidak lebih daripada dua, ini bermakna anda mungkin berada dalam tekanan atau kebimbangan, manakala bagi yang memperoleh markah antara tiga hingga lima, anda perlu minum air mencukupi dan perhatikan gejala berkenaan.

Anda juga perlu mengulang pemeriksaan sendiri ini selepas dua hari dan jika mendapati tiada perubahan pada jumlah markah yang diperoleh, anda mungkin batuk atau selesema biasa.

Bagaimanapun, sekiranya markah yang diperoleh antara enam hingga 12, segera bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan, namun jika markah yang diperoleh melebihi 12, hubungi talian DOH 02-8-651-7800 segera.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 10 May 2020
Featured Fri, 5 Nov 2021

Dendam Penunggu Bawa Mesej Tentang Anti-Buli

Dendam Penunggu merupakan filem original pertama dibawah tonton CINEMA mengisahkan tentang lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya yang menemukan rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka. Pada masa yang sama, pelajar-pelajar ini juga menghadapi […]

Featured Wed, 9 May 2018

Anda Tak Perlu Gigih Nak Bersihkan, Sekali Celup Boleh Tahan 20 Hari Dakwat PRU14

Jangan gigih sangat nak hilangkan dakwat di jari itu lepas mengundi, sebab ia akan tahan selama 20 hari!

Featured Tue, 3 Sep 2019

Ikuti panduan ini agar bilik tidur anda kelihatan luas!

Senangnya nak bagi bilik kelihatan luas!

Featured Fri, 13 Jan 2023

Kongsi Momen Kucup Ibu Buat Kali Terakhir, Chef Wan Luah Rasa Sebak – “Berat Sungguh Kaki Mahu Tinggalkan Emak…”

Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail, 66, atau Chef Wan berkongsi rasa sebak apabila terpaksa meninggalkan kubur ibunya, namun dalam masa yang sama tetap bersyukur kerana segala proses menguruskan jenazah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Perkara […]

Featured Wed, 9 Jul 2025

Status Bapa Dipersoal, Shuk Sahar Tampil Bersuara! – “Macam Mana Nak Azankan? Tarikh Lahir Pun Tak Ada Siapa Bagitahu”

Shuhk benagng selepas nama ibu bapanya dipetik beserta tuduhan culas jalankan tanggungjawab.

Featured Tue, 4 Jul 2023

Balik Rumah Atau Tak, Yusof Haslam Enggan Komen Isu Syamsul Yusof Lagi?

Kita doakan yang baik-baik untuk keluarga ini okay!

error: Content is protected !!