Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 13, 2023 @ 2:02pm

Kongsi Momen Kucup Ibu Buat Kali Terakhir, Chef Wan Luah Rasa Sebak – “Berat Sungguh Kaki Mahu Tinggalkan Emak…”

Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail, 66, atau Chef Wan berkongsi rasa sebak apabila terpaksa meninggalkan kubur ibunya, namun dalam masa yang sama tetap bersyukur kerana segala proses menguruskan jenazah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Perkara itu dikongsi Chef Wan menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.

“Berat sungguh kaki mahu meninggalkan emak di tanah perkuburan tadi seorang diri. Berjurai lagi air mata saya.

“Saya cuba tahan air mata dari masjid hingga ke tanah perkuburan tetapi apabila talqin dibacakan akhirnya berderai juga air mata saya.

“Tapi, alhamdulillah segalanya berjalan lancar dari proses dimandikan dan dikafankan sehinggalah pengebumian beliau.

“Saya adalah orang terakhir yang meninggalkan kubur ibu iaitu kira-kira 45 minit selepas semua orang pergi, kerana saya mahukan ‘masa’ bersamanya.

“It is so hard untuk melangkahkan kaki dari tanah perkuburan itu meninggalkan ibu tersayang seorang diri.

“Saya mempunyai masa untuk berbual dengan emak dan katakan apa sahaja yang perlu saya katakan, malah saya juga membuat beberapa janji sehinggalah terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada akhirnya,” katanya.

Sementara itu, Chef Wan memaklumkan, selepas pemergian arwah, ini adalah fasa di mana kesedihan akan berada di dalam dirinya untuk tempoh masa yang lama.

“Saya pasti kesedihan, kehilangan akan berada didalam diri saya untuk tempoh masa yang lama.

“Saya menangis walaupun saya pulang ke rumah semalam. Masuk biliknya atau bangun pagi-pagi dan saya sudah tidak dapat merasakan sentuhan tangannya berada di muka saya,” jelasnya. jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

 

Dalam hantaran yang berlainan pula, Chef Wan turut menitipkan doa agar arwah ibunya, Noraini Abdullah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat turut berasa sebak melihat momen kali terakhir Chef Wan mencium wajah arwah seusai jenazah dimandikan.

Terdahulu, Chef Wan memaklumkan ibunya yang mesra dengan panggilan Che Ani, telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Khamis iaitu pada jam 6.20 pagi di hospital Gleneagles, Kuala Lumpur akibat kanser tahap empat yang dihidapinya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

 

ARTIKEL BERKAITAN:Chef Wan Kecewa Adik-Beradik ‘Lepas Tangan’ Jaga Mak -“Ibarat Ludah Dilangit Timpa Kat Muka Sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN:“Selepas Doktor Pergi, Saya Menangis Sendirian…” – Alami Kegagalan Fungsi Hati, Chef Wan Kongsi Keadaan Terkini Ibu

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Chef Wan Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN:Selesa Guna Khidmat Profesional, Chef Wan Berbelanja Hampir RM6,000 Sebulan Demi Ibu – “Tak Payah Beli Kasut Gucci Atau Beg Prada Lagi…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Dec 2023

Demi Menyelamatkan Anak Daripada Diculik, Bapa Cedera Parah… Rupanya Suspek Rakan Kongsi Perniagaan!

Dah nama pun bapa, pasti sanggup hadapi risiko demi anaknya sendiri.

Events Wed, 4 Dec 2019

K-Clique Cipta Rekod Peribadi

Wah, tahniah K-Clique!

Featured Tue, 10 Mar 2026

Lagu ‘Jodoh Lebaran’ Terima Pujian Siti Nurhaliza, Aisha Retno Terharu – “Sayang TokTi! Tidur Lena Je Lah Malam  Ni”

Penyanyi berbakat, Aisha Retno meluahkan rasa terharunya apabila lagu Raya miliknya berjudul, ‘Jodoh Lebaran’ menerima pujian daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Hiburan Fri, 22 Aug 2025
Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Fri, 21 Dec 2018
Hiburan Thu, 10 Oct 2019

“I am Grown Now And Make Choices As an Adult”, Miley Cyrus Clapped Back

Is Cyrus’ new romance a rebound or she has completely moved on?

error: Content is protected !!