Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain January 4, 2023 @ 10:46am

“Selepas Doktor Pergi, Saya Menangis Sendirian…” – Alami Kegagalan Fungsi Hati, Chef Wan Kongsi Keadaan Terkini Ibu

Cef selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan berkongsi keadaan terkini ibunya, Noraini Abdullah.

Perkongsian tersebut telah didedahkan oleh cef selebriti itu sendiri menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Terdahulu, Chef Wan telah berkongsi ibunya menghidap menyakit kanser, dimensia dan alzheimer, bahkan dia sanggup berhabis wang ringgit demi mendapatkan khidmat jururawat terlatih untuk menjaganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selesa Guna Khidmat Profesional, Chef Wan Berbelanja Hampir RM6,000 Sebulan Demi Ibu – “Tak Payah Beli Kasut Gucci Atau Beg Prada Lagi…”

Menurut Chef Wan, dia telah berjaya mendapatkan bilik yang pernah didudukinya ketika menjalani pembedahan lutut sebelum ini buat ibunya demi mendapatkan momen peribadi bersama.

“Alhamdulilah akhirnya saya berjaya mendapatkan bilik suite untuk ibu saya yang saya telah berada dalam 10 hari terakhir untuk prosedur lutut saya.

“Saya mahu ibu dan keluarga serta rakan saya mempunyai detik peribadi kami dengan ibu pada hari terakhirnya,” tulisnya.

Malah, Chef Wan juga sempat berkongsi kondisi terkini ibunya yang lebih mesra disapa sebagai Che Ani berdasarkan keputusan dan pemerhatian yang dijalankan oleh pakar yang merawat, Dr. Nick.

Menurut Dr Nick, Che Ani tidak memberikan sebarang tindak balas dan berada dalam keadaan keliru disebabkan kegagalan fungsi hati.

“Terdahulu, Dr Nick unit penjagaan Paliatif datang berjumpa saya pada jam 3 petang. Dia berkata, mulai pagi tadi keputusan dan pemerhatian dia tidak bertindak balas dan berada dalam keadaan keliru, ditambah dengan kandungan sodium dan kalsium yang tinggi semuanya menunjukkan bahawa badan sedang ‘shutting down’.

“Mulai sekarang saya rasa dia ada masa beberapa hari sahaja lagi dan kami akan mula menguruskan kesakitannya. Dia akan tidur melaluinya sehingga ke penghujungnya.

“Masa akan menentukan. Kami akan buat dia selesa untuk perjalanan terakhirnya. Perkara yang baik ialah saya perasan dia tidak kesakitan dan kelihatan sangat tenang dari pernafasannya.

“Bagaimanapun kegagalan hati oleh pertumbuhan kanser yang besar telah membuatkan otaknya berada dalam keadaan keliru dan hilang. Kami akan memulakan pengurusan sakit paliatif secepat mungkin,” jelasnya.

Dalam perkongsian tersebut, Chef  Wan juga menyatakan dia reda untuk menerima segala kemungkinan, bahkan Dr Nick turut memuji sikapnya yang tenang dan positif sepanjang menjaga ibunya.

“Bercakap dengan awak saya lihat awak sangat tenang dan positif. Saya dapat merasakan awak telah melakukan kerja yang baik menjaga ibu anda.

“Awak akan dapat menangani semua ini dengan baik tidak kira betapa hancurnya hati awak. Percayalah, Tuhan ada untuk membantu awak mengurangkan kesakitan.

“Saya memberitahu Dr saya tahu ini akan datang dan menerima ini dengan hati yang terbuka. Saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan saya ibu yang hebat ini yang juga disayangi dan dihormati oleh ramai orang di luar sana.

“Sebaik sahaja Doc pergi saya pergi ke tandas dan menangis sendirian. Apabila tiba masanya saya berharap ibu saya akan pergi dengan aman. insya-Allah. Terima kasih atas segala doa dan doa untuk ibu tersayang, saya dan keluarga,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

ARTIKEL BERKAITAN: Chef Wan Kecewa Adik-Beradik ‘Lepas Tangan’ Jaga Mak -“Ibarat Ludah Dilangit Timpa Kat Muka Sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Chef Wan Jalani Pembedahan – “Selepas Mak Saya Keluar Hospital, Saya Pula Check Up”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Trending Tue, 31 Oct 2023
Selebriti Thu, 1 Feb 2024

Nafi Sorok Kekasih, Sufian Suhaimi Bakal Kahwin Tahun Ini – “Rasa Nak Buat Small Wedding Je, Nak Intimate”

Semoga dipermudah urusan Sufian dan kekasihnya untuk ke jenjang pelamin 😍

Featured Thu, 14 Jul 2022

“Masih Banyak Perlu…” – Nyanyian Casablanca Live Dikritik Sumbang, Ini Respons Nuha Bahrin

Alahai, sabar ya Nuha ☺️ Yang penting terus belajar dan tak patah semangat! ❤️

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Zara Zya Bercinta Dengan Hafreez Adam?

Sebelum ini, Hafreez terlebih dahulu secara terbuka berkongsi mengenai hubungan cintanya bersama pelakon dan penyanyi ini. Dan, dalam masa yang sama Zara Zya turut mengharapkan peminat mendoakan jodoh dan perhubungan mereka

Hiburan Tue, 9 Jul 2019
Featured Fri, 26 May 2023

Dilamar Selepas Jadi Juara, Dinda Dania ‘Lari-Lari’ Nak Ke Mana?

Lari-Lari pergi mana tu? Comel je Dinda ni!

Featured Mon, 4 May 2026

“Aku Tak Nak Kau Lalu Jalan Yang Sama Lagi”- Janna Nick Tunai Janji Pulang Ke Malaysia Demi Azar Azmi

Janna Nick akhirnya kembali ke tanah air demi melunaskan janjinya selain memberikan sokongan terhadap rakan baiknya, Azar Azmi susulan kontroversi yang menimpa.

error: Content is protected !!