Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari February 1, 2024 @ 7:56pm

Nafi Sorok Kekasih, Sufian Suhaimi Bakal Kahwin Tahun Ini – “Rasa Nak Buat Small Wedding Je, Nak Intimate”

Penyanyi dan usahawan, Sufian Suhaimi sebelum ini menjelaskan bahawa dia belum mengikat tali pertunangan sebaliknya baru merisik teman wanitanya itu.

Artikel Berkaitan: “Ramai Salah Faham”- Sufian Suhaimi Baru Merisik, Belum Bertunang

Memetik video temu bual Melodi TV3, Sufian memaklumkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

Namun begitu, dia menyatakan segalanya masih dalam perancangan dan belum memiliki tarikh tetap.

“Yes betul. Kita memang ada rancang pun bukan raya ni tak sabar sangat kalau raya, rayalah dulu. Puasa, raya… lepas habis raya baru kita fikir-fikirkan. InsyaAllah tahun ini tapi kita belum ada tarikh lagi. Masing-masing pun tengah busy dengan kerjaya masing-masing. insyaAllah doa-doakan.

“Untuk majlis nikah ni pun kita rasa nak buat small wedding je. Kita nak intimate tapi apa-apa pun semua masih lagi dalam perancangan tak ada yang confirm lagi. We go by the flow,” kongsi Sufian.

Dalam pada itu, pelantun lagu Menggenggam Bahagia ini menyangkal dakwaan bahawa dia menyembunyikan hubungan cintanya namun mengakui dia memilih privasi.

“Saya memang agak private lah untuk urusan personal. Kehidupan peribadi tu kalau boleh kita taknak kongsikan terlalu banyak. Tapi, saya tak ada lah bersembunyi daripada khalayak ramai ke apa.

“Kita menjalani kehidupan yang sama cuma nak expose to public buat posting ke appreciation post ke sebagai girlfriend ke bagi saya itu bukan sayalah kot,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sama Cantik, Sama Padan! Sufian Suhaimi Didakwa Hantar Rombongan Merisik ‘Sayang’?

Artikel Berkaitan: Video Merisik Tular Bukan Gimik, Sufian Suhaimi Akui Dah Bersedia Nak Tamatkan Zaman Bujang – “Saya & Rania Rancang Kahwin Pada…”

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Mar 2024
Hiburan Wed, 25 Feb 2026

“Bukan Kecil atau Mancungkan” – Zahiril Adzim Perjelas Rawatan Hidung Cuma Lemahkan Otot Elak Terlalu Kembang

Zahiril Adzim turut menafikan dia melalukan rawatan tersebut kerana berasa kurang keyakinan diri, sekali gus memaklumkan ia adalah percubaan pertamanya.

Trending Thu, 23 Apr 2020

Pengumuman Semalam Tak Berkuatkuasa Secara Automatik, Orang Ramai Tidak Dibenarkan Balik Kampung -Menteri Kanan

Pengumuman mengenai kebenaran pulang semula ke Kuala Lumpur dan bandar yang dibuat semalam, tidak berkuat kuasa secara automatik.

Hiburan Tue, 13 Feb 2018

NEWS OF LEE JOON COMMITTING SUICIDE IS FAKE!

Lee Joon did NOT commit suicide! His agency has released a statement regarding this horrid accusation.

Hiburan Fri, 28 Jun 2024
Hiburan Fri, 28 Feb 2025
Trending Thu, 4 Oct 2018

TERKINI! Mayat Remaja Lemas AKHIRNYA Ditemui

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana itu dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah lombong di Taman Putra Perdana.

error: Content is protected !!