Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie January 24, 2024 @ 4:49pm

“Ramai Salah Faham”- Sufian Suhaimi Baru Merisik, Belum Bertunang

Gara-gara tular di media sosial video yang merakamkan detik bahagia ibu kepada penyanyi Sufian Suhaimi menyarung cincin di jari manis seorang gadis jelita dalam sebuah majlis tertutup pada Oktober lalu, penyanyi pujaan ramai itu dihujani dengan pelbagai spekulasi daripada netizen.

Bagi menjernihkan keadaan, Sufian tampil menjelaskan bahawa ia merupakan majlis merisik.

Bercakap kepada XTRA, dia turut menafikan tanggapan netizen yang mengatakan dirinya sudah bertunang namun tidak pula menolak kemungkinan untuk bakal melangsungkan majlis pertunangan bersama kekasih hatinya.

“Status kami masih belum bertunang. Majlis pertunangan tak pasti sama ada buat atau tak.

“Tapi kalau hendak menyempurnakan adat, mungkin akan buat juga nanti.

“Sebenarnya majlis merisik dirancang buat secara kecil-kecilan dengan dihadiri keluarga dan teman rapat sahaja.

“Tapi video ini terkeluar juga kepada umum. Namun, itu bukanlah perkara tidak baik. Ramai salah faham, itu bukan majlis pertunangan, tapi sebenarnya merisik,” katanya.

Sufian ditemui XTRA pada sidang media Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, enggan terlalu lama menjalani fasa mengenal hati budi, pelantun lagu Di Matamu itu meluahkan hasrat ingin melangkau majlis bertunang serta terus melangsungkan majlis perkahwinan pada awalnya.

Sufian bagaimanapun tetap akan bertunang terlebih dahulu setelah berbincang dengan keluarga kedua-dua belah pihak memandangkan lebih manis untuk mengikut adat Melayu.

“Kami mahu hubungan ini mengikut adat. Perkenalan ini bukan sekadar kawan-kawan.

“Keluarga kedua pihak juga sokong apa yang kami rancang.

“Bertunang tiada keperluan, tapi kalau hendak menyempurnakan adat, kami akan buat juga,” ujarnya.

Menurut Sufian, majlis perkahwinan mereka berdua bakal berlangsung pada tahun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 3 Dec 2020
Featured Fri, 17 Oct 2025

“Ujian Gaza Lebih Besar Berbanding Kami” – PU Rahmat Puji Keteguhan Ardell Aryana Dalam Misi Kemanusiaan GSF

Meskipun diuji dengan pelbagai dugaan sepanjang pelayaran, Ardell tetap teguh dengan pendiriannya.

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Tujuh Tahun Berkahwin, Kris Dayanti Mengaku Masih…

Yang pasti apa jua kesalahan kita ada saringan, punya ‘alarm’. Macam malu kalau ada buat salah…

Featured Fri, 9 Sep 2022
Hiburan Mon, 17 Mar 2025

Bimbang Berlaku Istidraj, PU Syed Nasihat Aisar Khaled Jangan Salah Guna Kekayaan Untuk Maksiat

PU Syed tegur Aisar Khaled jangan guna kekayaan ke arah maksiat

Hiburan Sat, 28 Oct 2023
Events Wed, 14 Sep 2022
Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Adibah Noor Bengang Pengguna Akaun Linked In Guna Tanpa Izin!

Adibah Noor meminta pengikutnya di laman sosial agar melaporkan sebuah akaun palsu dipercayai Linked In yang menggunakan fotonya untuk tujuan negatif.

error: Content is protected !!