Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 17, 2025 @ 2:50pm

“Ujian Gaza Lebih Besar Berbanding Kami” – PU Rahmat Puji Keteguhan Ardell Aryana Dalam Misi Kemanusiaan GSF

Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau dikenali sebagai PU Rahmat tampil memuji sikap dan kekuatan yang dimiliki rakannya yang juga pelakon, Ardell Aryana.

Menerusi perkongsian di Threads, PU Rahmat mendedahkan, Ardell bukan sahaja diuji dengan ‘hukuman’ yang diberikan pihak Isr**l tetapi juga turut bergelut dengan perasaannya apabila ketika pelayaran dia dimaklumkan bahawa kesihatan ibunya semakin menurun.

“Kuat sungguk kak Ardell. Sepanjang misi Sumud Flotilla, dia bergelut dengan perasaan apabila kesihatan ibunya menurun.

“Saya sendiri menasihatinya untuk pulang  ke Malaysia dan tidak meneruskan misi,” katanya.

Namun, semangat perjuangan yang tinggi dan memikirkan ujian yang dihadapi penduduk Gaza, Ardell bagaimanapun bertegas untuk meneruskan misi.

“Kak Ardell dan ibunya sama-sama teguh.

“Dia dengan mudah menjawab ‘ujian Gaza lebih besar berbanding kami.

“Ardell teruskan misi dan ibunya teruskan dengan rawatan. Pulang misi, ibunya mendapat tarikh pembedahan.

“Semoga kaki ibu Ardell menjadi saksi keteguhan anak beranak ini dalam hal Gaza,” kongsinya.

Sebelum ini, setelah lama berehat sebaik pulan dari misi GSF, Ardell akhirnya berkongsi video memaparkan dia bersama-sama ustazah dan PU Rahmat menguruskan kaki ibunya yang dipotong akibat komplikasi diabetes kronik.

ARTIKEL BERKAITAN:Ardell Aryana Syukur Dapat Kafan & Tanam Kaki Ibu – “Wahai Kaki Ibuku Yang Banyak Berjasa..”

ARTIKEL BERKAITAN:Doktor Kongsi Keadaan Ardell Aryana Selepas Habis Misi Kemanusiaan – “Dia Nyawa-Nyawa Ikan Pun Dia Kata Okay”

ARTIKEL BERKAITAN:Kejam! Rambut Ditarik, Muka Ditumbuk… Ardell Aryana Alami Tekanan Darah Rendah Lepas Ditahan Isr**l

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 Dec 2025

“Saya Ambil Dari Sudut Positif” – Siti Nurhaliza Hargai Adab Peminat, Anggap Reaksi Spontan Itu Normal

Menurut Siti, dunia media sosial sememangnya bergerak pantas dan kebanyakan perkara berlaku secara spontan.

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

“BELAKANGNYA ADA BATU TAR RUMAH AKU” – BADAN BERJERAWAT UQASHA DIKUTUK

Rata-rata netizen mengutuk bahagian belakang badan Uqasha yang dikatakan berjerawat dan menggerutu.

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

“Allah Adalah Sebaik-Baik Perancang”- Elfira Loy

El dijadikan sebagai tempat meminta hutang adiknya?

Featured Mon, 20 Apr 2020
Featured Sat, 18 Jun 2022
Featured Thu, 12 Jan 2023
Hiburan Thu, 19 Dec 2019
Hiburan Thu, 27 Jun 2019

‘Jangan Masuk Campur Hal Rumah Tangga Orang Lain’- Ajak Shiro

Pengacara, Ajak Shiro memohon kepada orang ramai untuk tidak menentukan hala tuju hidup mana-mana individu.

Featured Sun, 16 Oct 2022
error: Content is protected !!