Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 27, 2025 @ 5:02pm

“Saya Ambil Dari Sudut Positif” – Siti Nurhaliza Hargai Adab Peminat, Anggap Reaksi Spontan Itu Normal

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan reaksi spontan yang tular di media sosial baru-baru ini sebagai sesuatu yang normal dan berlaku tanpa disengajakan.

Menurut Siti, dunia media sosial sememangnya bergerak pantas dan kebanyakan perkara berlaku secara spontan.

“Memang dunia media sosial begitulah. Semua tak sengaja,” katanya ringkas.

Dalam masa sama, Siti mengakui terharu melihat sikap peminatnya yang sentiasa menjaga adab dan kredibiliti, khususnya apabila berdepan situasi yang boleh dijadikan bahan gurauan.

“Dari satu sudut pandangan, baguslah peminat saya ni menjaga aib, menjaga adab sopan supaya tidak menjadi bahan gelak. Tapi dalam masa sama, perkara itu berlaku secara spontan,” jelasnya.

Siti berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media rasmi Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang diadakan di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Siti berkata situasi tersebut turut disambut secara santai oleh suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.

“Datuk K pun gelak sahaja. Masa tu dia santai-santai kan. Nak buat macam mana, benda dah jadi,” katanya.

Siti turut membandingkan situasi berkenaan dengan budaya luar negara yang lebih terbuka, namun menegaskan masyarakat Malaysia mempunyai nilai dan adab tersendiri.

“Kalau dekat luar negara benda ni normal. Cuma kita orang Malaysia, kita ada adab kita kan,” ujarnya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Menamakanmu Cinta itu memilih untuk melihat perkara tersebut dari sudut positif dan menganggapnya sebagai sesuatu yang menceriakan.

“Tapi benda ni semua menceriakan sahaja. Saya ambil ni dari sudut yang positif,” katanya.

Pendekatan tenang dan berlapang dada itu sekali lagi membuktikan kematangan Siti Nurhaliza dalam menangani isu tular, selari dengan statusnya sebagai ikon seni yang sentiasa dihormati peminat.

Dalam perkembangan lain, Siti kini sedang sibuk menjalani proses latihan untuk konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang akan berlangsung pada 10 Januari depan.

ARTIKEL BERKAITAN:Giat Buat Persiapan Demi Konsert 3 Jam Dengan Lebih 30 Lagu… Siti Nurhaliza Jaga Stamina, Elak Minuman Berais

ARTIKEL BERKAITAN:“Peminat Ini Adalah Kekuatan” – Siti Nurhaliza Ziarah Peminat Setia Di ICU, Titip Doa Ada Keajaiban

ARTIKEL BERKAITAN:Pemenang Termuda Di ABPBH 37, Umai Umairah Pecah Rekod Siti Nurhaliza

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Dec 2018

Cara Betul Tuam Bengkak Pada Badan

Teknik tuaman dapat surutkan bengkak pada anggota badan.

Events Sun, 3 Mar 2019

李幸倪终于回马开唱!星途艰辛爸爸很自责

李幸倪终于回马开唱!出道10年星途艰辛,让爸爸很自责是否给女儿选错了路~

Featured Tue, 7 Mar 2023
Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Salam Takziah…Ibu Issey Meninggal Dunia

Issey Fazlisham, Asiah Haron meninggal dunia kira-kira jam 3.40 petang tadi akibat serangan jantung.

Trending Tue, 14 Dec 2021

Kehangatan Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) Semakin Terasa!

Peminat-peminat tegar drama tempatan pastinya berdebar-debar untuk menyaksikan drama mana yang bakal bergelar Drama Popular dan Drama Terbaik pada tahun ini. Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) anjuran TV3 ini, julung kali diadakan dan bakal […]

Featured Wed, 27 Nov 2024

Individu Wanita Dedah Jadi Skandal Penyanyi Terkenal?

Individu wanita berusia 26 tahun mengaku jalin hubungan cinta bersama penyanyi terkenal.

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

“Netizen Jangan Jadi Hipokrit” – Shahrulezad Mohameddin Terpaksa Sokong Kenyataan A. Aida

Ingat jangan terus melalak tanpa berfikir secara rasional ye kawan-kawan!

Selebriti Sat, 2 Sep 2023
error: Content is protected !!