Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 26, 2025 @ 1:50pm

Giat Buat Persiapan Demi Konsert 3 Jam Dengan Lebih 30 Lagu… Siti Nurhaliza Jaga Stamina, Elak Minuman Berais

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung pada 10 Januari depan di Stadium Nasional Bukit Jalil akan menampilkan barisan penyanyi popular dari Indonesia dan Malaysia sebagai artis undangan.

Konsert solo berskala mega itu bakal menyaksikan kemunculan penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan, selain tiga bintang tempatan iaitu Hafiz Suip, Noh Salleh, serta anak saudaranya Umairah.

Menurut Siti, kehadiran keempat-empat penyanyi pilihan itu bukan dibuat secara sembarangan, sebaliknya berdasarkan pengalaman pernah bekerjasama dan keserasian yang sudah lama terjalin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Saya pernah bekerja dengan mereka sebelum ini, jadi kami sudah memahami cara masing-masing dan selesa untuk berkongsi pentas.

“Dalam masa yang sama, saya percaya peminat saya dan peminat mereka juga menantikan gandingan ini,” katanya.

Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang setakat ini sudah menjual lebih 60,000 tiket bakal menampilkan komposer dan penerbit muzik terkemuka, Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik.

Menariknya, Siti memaklumkan kesemua artis undangan tidak akan menyanyikan lagu mereka sendiri pada malam konsert tersebut.

Sebaliknya, mereka bakal membawakan lagu-lagu miliknya sebagai tanda meraikan konsert ulang tahun istimewa itu.

“Sama ada mereka akan menyanyikan lagu saya secara solo atau berduet dengan saya, itu sesuatu yang penonton perlu nantikan pada malam konsert nanti,” katanya lagi.

Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza dijangka menyaksikan kehadiran sekitar 63,000 peminat, sekali gus menjadikannya konsert terbesar pembukaan tahun 2026 serta antara persembahan paling mega dalam karier bintang legenda itu.

Berbanding konsert terdahulu di Arena Axiata yang hanya menampung kira-kira 15,000 penonton, penganjuran kali ini melibatkan kapasiti jauh lebih besar, selain memerlukan hampir 2,000 kru produksi bagi memastikan pementasan istimewa ini berjalan lancar dan bersejarah.

Siti kini sedang berada pada fasa persiapan terakhir, termasuk melatih stamina, latihan tarian serta memberi perhatian penuh terhadap kesihatan vokal, antaranya tidak mengambil minuman berais sejak sebulan lalu sebagai langkah penjagaan.

Pada malam persembahan, Siti bakal menghiburkan penonton selama tiga jam dengan lebih 30 buah lagu, merangkumi medley dan segmen duet bersama artis jemputan, yang dibahagikan kepada empat bahagian bagi memberikan pengalaman persembahan yang lebih tersusun dan bertenaga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 May 2024
Featured Fri, 19 Jan 2024
Hiburan Thu, 21 Nov 2019

Tidak Mengejar Glamor, Izara Lebih Menghargai Privasi

Memenangi tempat kedua dalam pertandingan Dewi Remaja tahun 2009/2010 telah memperkenalkan pelakon, Izara Aishah ke dunia lakonan. Aktif dalam dunia seni sejak 2011, Izara sering menjadi pilihan pengarah bagi drama-drama, telefilem dan juga filem kerana […]

Featured Wed, 9 Apr 2025

“Ia Buat Saya Fikir Soal Kematian”- Alami Serangan Jantung, Zamarul Hisham Kongsi Status Kesihatan

Pelakon versatile, Zamarul Hisham mengaku keadaan kesihatannya kini bertambah baik.

Hiburan Wed, 21 Aug 2024
Trending Mon, 19 Aug 2019

IZ*ONE’s Under Fire For Using Mosque as Aesthetics at KCON LA

IZ*ONE’s management really need to handle things better!

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

Projek 100 Lagu 100 Tahun Hidupkan Semula Warisan Muzik Melayu

Melalui projek ini, lagu-lagu yang memberi impak besar dalam sejarah muzik tempatan akan dipersembahkan semula dalam versi kontemporari.

error: Content is protected !!