Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 4, 2025 @ 4:41pm

Shukri Yahaya, Siti Hariesa & Amerul Affendi Bakal Buka Kedai Kopi Di APW Bangsar?

Bangsar bakal jadi lebih ‘brew-tiful’ minggu depan apabila tiga nama besar dalam dunia lakonan tanah air iaitu Shukri Yahaya, Siti Hariesa dan Amerul Affendi, dikhabarkan akan membuka sebuah kedai kopi di APW Bangsar bermula Isnin, 5 Mei 2025!

Dalam kesibukan mempromosikan karya terbaharu mereka, Shukri Yahaya, Siti Hariesa dan Amerul Affendi turut giat membuat persiapan rapi bagi pembukaan Bru Coffee Shop. Terdapat pelbagai persoalan sama ada mereka benar-benar serius menceburi bidang perniagaan atau sekadar ingin mencuba sesuatu yang baharu di luar kerjaya seni masing-masing atau pun hanya sekadar menunjukkan minat mereka terhadap perniagaan kafe yang semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda?

Namun yang pasti, mereka telah menunjukkan komitmen tinggi terhadap perancangan ini. Bagi mereka, kedai kopi bukan sekadar tempat untuk menjual minuman, tetapi satu ruang untuk orang ramai berkumpul, berkongsi cerita dan menikmati suasana yang menenangkan. Mereka juga mahu mewujudkan sebuah tempat yang boleh menjadi ‘escape’ kecil daripada kesibukan bandar lantas pelanggan boleh menjadikannya tempat untuk berfikir, menulis atau sekadar menikmati kopi yang sedap.

Namun begitu, persoalan yang masih bermain di fikiran ramai, mampukah mereka menguruskan kedai ini dengan komitmen masing-masing sebagai pelakon? Dunia perniagaan, khususnya dalam industri makanan dan minuman, menuntut komitmen yang tinggi dan tidak kurang cabarannya.

Menariknya, pembukaan rasmi kedai kopi yang bakal berlangsung pada Isnin, 5 Mei 2025 di APW bangsar ini turut diserikan dengan kehadiran ketiga-tiga pelakon terkenal ini Shukri Yahaya, Siti Hariesa, dan Amerul Affendi. Kemunculan mereka pastinya menceriakan suasana, sekali gus menarik perhatian para peminat dan pengunjung.

Kepada peminat mereka ataupun penggemar kopi, dapatkan jawapan anda dengan hadir ke lokasi dan tarikh berkenaan! Mungkin anda boleh rebut peluang ini juga untuk melihat sisi lain tiga pelakon hebat ini dalam suasana yang lebih santai dan mesra.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Jun 2018

Ini Waktu Terbaik Untuk Saya Muhasabah Diri

Syafiq ketika ditemui di tayang eksklusif Pelangi Cinta di Pavilion menganggap ada hikmah di sebalik dugaan yang melanda dirinya.

Hiburan Sat, 17 Aug 2019

5566首次踏足马来西亚!经典神曲1228强势登入吉隆坡

5566首次踏足马来西亚「SINCE 5566」东南亚巡回再加场,12月28日经典神曲将席卷亚通体育馆,一段爱与我们的故事唤醒粉丝难忘回忆。

Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Events Fri, 29 Mar 2019

Mampukah Duit Beli Kebahagiaan? Jawapannya Ada Dalam ‘Cinta Non Grata’

Jangan ketinggalan untuk menonton Cinta Non Grata terbitan Orangetree Production pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 9.00 malam dan juga menerusi portal video www.tonton.com.my.

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Hiburan Sun, 26 Nov 2023

Tak Hirau Kecaman Netizen Pertikai Kelayakan Jadi Artis Pemanas Pentas, Bunga Tetap Bangga…Akhirnya Pengorbanan Ibu Terbalas!

“Ini semua kerana mama. Ayu sayang mama dunia dan akhirat selamanya,” – Bunga

error: Content is protected !!