Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir March 1, 2023 @ 6:01pm

10 Babak ‘Panas’ Dipotong, Terengganu Haramkan Tayangan Filem Pulau – “Kami Sudah Menghantar Rayuan…”

Jalan cerita filem Pulau terpaksa dipotong sebanyak 10 babak ‘panas’ bagi mendapatkan tayangan untuk klasifikasi PG13 di pawagam.

Menurut Fred Chong selaku penerbit naskhah itu, pemotongan babak-babak terbabit membuatkan filem Pulau berjaya ditayangkan di 127 pawagam berbanding 70 pawagam sahaja sebelum ini.

“Bagi mendapatkan klasifikasi PG13, kami terpaksa memotong 10 babak. Pada mulanya, Pulau berjaya mendapat 70 pawagam menerusi Skim Wajib Tayang sahaja.

“Tetapi pihak pengedar berjaya mendapatkan 127 pawagam. Cuma apabila Pulau diharamkan di Terengganu, jumlah berkurang kepada 124 pawagam,” katanya.

Fred ditemui semasa tayangan perdana filem Pulau bersama barisan pelakon lain di GSC, The Starling Mall, Petaling Jaya, semalam.

Sekadar info, filem terbitan My Way Pictures dengan kerjasama Film Force dan WebTVAsia melaporkan bahawa filem ini diharamkan tayangannya di Terengganu selepas kontroversi trailer itu tular.

Namun, Fred memberitahu pihak mereka masih menunggu keputusan rayuan untuk membolehkan tayangan filem di negeri pantai timur tersebut.

“Sejujurnya kami masih berharap ia dapat ditayangkan di sana. Malah kami sudah menghantar rayuan seminggu lalu tetapi masih menunggu jawapan daripada kerajaan negeri,” ujarnya.

Pada masa sama, Fred mengharapkan filem Pulau ini mendapat tempat di hati ramai penonton serta berjaya mendapat kutipan lebih RM7juta.

“Kami percaya Pulau adalah satu filem yang baik dan harus ditonton. Jadi kita berharap agar penonton terbuka dengan filem ini.

“Saya juga berharap Pulau dapat mengatasi rekod kutipan peribadi saya iaitu RM7 juta menerusi filem Nasi Lemak 2.0,” jelasnya.

Terdahulu, trailer filem Pulau ini mendapat kecaman dari pelbagai pihak kerana didakwa ada beberapa adegan panas serta pemakaian yang seksi yang tidak sesuai ditayangkan di negara ini.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 9 Mac depan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

‘Dangdut Bukan ‘Makanan’ Saya Tapi…’ – Wani Kayrie

Penyanyi muda ini bercadang nak hasilkan lagu dangdut tahun depan. Tapi tak nak lagu dangdut rentak sedih katanya…

Hiburan Fri, 11 Nov 2022

Utamakan Ibu Bapa, Hafiz Mahamad Ingat Pesanan Isteri – “Happy Kan Mereka Dulu”

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad yang acap kali tular dengan kerja-kerja amal dan sifat rendah dirinya sekali lagi mencuri perhatian warganet. Hafiz yang membawa kedua orang tuanya bercuti ke Switzerland, mengingati pesanan dari isterinya, Syafiqah […]

Featured Fri, 14 Nov 2025

Aisha Retno Mendonia! Duet Bersama Ariana Grande & Cynthia Erivo… Siap Hadiahkan Kain Batik Sebagai ‘Souvenir’

Penyanyi berbakat, Aisha Retno menyorot perhatian ramai selepas berkongsi sepotong video pendek menerusi Instagram miliknya.

Filem Mon, 26 Feb 2018

Festival Filem Iran Bermula 7-17 Mac

Tayangan sempena Festival Filem Iran (FFI) itu akan disiarkan melalui empat pawagam GSC (Golden Screem Cinemas) di Kuala Lumpur (7-11 Mac), Pulau Pinang (12-14 Mac) dan Johor Bahru dari 15 hungga 17 Mac 2018.

Filem Wed, 14 Feb 2018

《西游记:女儿国》215大开眼界上映!

由郑保瑞执导,郭富城、冯绍峰、赵丽颖、小沈阳、罗仲谦、林志玲、梁咏琪、刘涛、苑琼丹、潘斌龙、施诗等主演的魔幻爱情喜剧《西游记:女儿国》将于2月15日全马上映!

Hiburan Sat, 18 Oct 2025
Trending Sun, 27 Jun 2021

Jiggy Masin Diselubungi Misteri Dalam Seram Tak Seram!

Pelawak Jiggy Masin muncul sebagai teraju utama dalam karya terbaru yang disiarkan di TV9 berjudul Seram Tak Seram. Diterbitkan oleh Nafalia Corporation, naskhah ini bertemakan komedi seram yang mengisahkan tentang kisah di sebalik koleksi barang-barang […]

error: Content is protected !!