Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 18, 2025 @ 8:12pm

“Doakan Mereka Dapat Hidayah” – Fattah Amin Pelik Ada Rakan Artis Diboikot Kerana Hadir Majlis Kahwin

Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa pelik terhadap tindakan segelintir pihak yang dikatakan memboikot rakan artis hanya kerana menghadiri majlis perkahwinan.

Menurut hero drama bersiri Lelaki Melayu Terakhir ini, dia tidak memahami tujuan gerakan tersebut dan berharap agar pihak yang terlibat diberi petunjuk untuk berubah.

“Sejujurnya, saya tidak faham dengan perkara terbabit. Niat mereka hanya nak menghadiri majlis kahwin, maksudnya mengeratkan silaturahim. Lepas tu tiba-tiba ada sesetengah pihak pula nak boikotlah, saya tak faham.

“Apa yang boleh saya katakan, janganlah kita buat benda itu. Kita doakan orang yang nak buat boikot itu diberi hidayah ataupun petunjuk untuk dia ubahlah,” katanya.

Fattah berkongsi pandangannya ketika ditemui pada majlis minum petang The Garden Of Love Fattmira anjuran UTV, sebentar tadi.

Tambah bapa seorang cahaya mata ini, biarpun dirinya tidak terkesan secara langsung, dia tetap bersimpati dengan mereka yang menjadi sasaran boikot.

“Saya tidak begitu terkesan sebab tidak berlaku pada saya tetapi mangsa boikot itu. Jadi, saya doakan supaya orang yang nak boikot itu diberikan petunjuk dan hidayah untuk berubah,” ujarnya.

Sementara itu, isterinya yang juga penyanyi Amira Othman turut sependapat dan menyifatkan situasi tersebut sebagai lumrah dalam dunia hiburan.

Tambah pelantun lagu Jaga Jaga ini, setiap individu berhak menyokong sesiapa yang mereka gemarj, namun dia dan Fattah memilih untuk kekal positif.

“Lumrah bergelar anak seni kan, memang kita tak boleh tutuplah. Akan ada orang suka, ada orang tak suka. Tapi kami tidak mengambil hati, kecil hati atau marah.

“Saya yakin setiap individu ada pilihan masing-masing. Kalau nak memboikot itu, kami tidak nampak atas dasar apa dia ingin memboikot.

“Tapi tak mengapa, saya dan Fattah pun nak hidup tenang-tenang. Kalau ada yang tak suka, kami doakan mudah-mudahan suka selepas ini,” katanya.

Sebelum ini, media sosial kecoh apabila segelintir pengguna internet melancarkan gerakan boikot terhadap beberapa selebriti yang menghadiri majlis pernikahan Fattah dan Amira pada 14 September lalu di Sepang.

Antara nama yang disebut termasuk Ernie Zakri, Anzalna dan Nabila Razali.

Terbaharu, Fasha Sandha turut menjadi sasaran selepas berkongsi foto menghadiri majlis resepsi pasangan itu di Johor, baru-baru ini.

Kredit foto: @thefa_team

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Sep 2023
Featured Thu, 7 Apr 2022

Libatkan Cahaya Mata Dalam Rancangan ‘Diari Daddy’, Shuib Tak Cenderung Anak-Anak Jadi Artis

Mungkin ada sebab tersendiri mengapa Shuib memilih sedemikian..

Featured Mon, 20 Mar 2023
Trending Sat, 27 Jan 2018

传统婚宴太无聊 新人办「肯德基婚礼 」

结婚是一生的大事之一,虽然许多人都会向往一个梦幻又华丽的婚礼,留下回忆,但这样的婚礼真的要筹办起来,需要耗费不少金钱和精力。英国有一对新人就选择在速食店肯德基结婚,场地非常特别,又可以省下很多钱,所有的客人也都很享受炸鸡和饮料,度过特别的一天。

Featured Wed, 22 Jan 2025

[VIDEO] Kena Kecam, Warganet Dakwa Sophia Albarakbah Sengaja Tayang Lur*h

Ini bukan kali pertama Sophia tepalit dengan isu sama membabitkan penampilannya.

Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Hanya Tukar Nama Bukan Matlamat – Dj Dave

Saya harap ia tidak dipolitikkan, matlamat yayasan ini masih sama iaitu melakukan kebajikan dan membantu golongan artis tanah air.

error: Content is protected !!