Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom April 12, 2018 @ 9:05am

Pemurahnya TMJ, Patutlah Rakyat Johor Sayang

“Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi. Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda bangsa Johor. Saya di pihak Johor,” ujar Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berhubung kejutan yang dilakukan beliau buat pengunjung pusat beli-belah AEON Tebrau City, Johor Bahru, petang semalam.

Hadir ke pusat beli-belah itu bersama isterinya, Che Puan Khaleeda Bustamam, pasangan Diraja itu kelihatan tidak kekok bermesra dan mengambil gambar swafoto bersama pengunjung. Malah Tunku Ismail yang mesra disapa TMJ, turut membayar setiap keperluan asas yang dibeli oleh pelanggan .

Menurut kenyataan di akaun Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail mengeluarkan sejumlah wang untuk membayarkan harga barang-barang keperluan mereka yang sedang membeli-belah di pusat beli-belah AEON Tebrau City.

Foto : Instagram johordtfc

Terdapat kenyataan mendakwa Tunku Ismail membelanjakan setiap pelanggan sebanyak RM3,000 dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan berjumlah RM1 juta.

Beberapa gambar turut dimuat naik dalam media sosial menunjukkan kemeriahan pelanggan membeli dan memenuhkan troli masing-masing di pusat beli-belah berkenaan.

Bagaimanapun, kenyataan dimuat naik dalam laman rasmi Johor Southern Tigers tidak menyatakan jumlah sebenar perbelanjaan itu.

Video : Youtube Harian Metro

Sumber : Harian Metro 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Jun 2023

Mizie Kamis Tampil Dengan ‘Sampai Bila’

Lagu baru dari Mizie Kamis! 😍

Hiburan Thu, 6 Jun 2024
Featured Thu, 18 Feb 2021
Trending Tue, 19 Jun 2018

16张让人喷饭「神PS图」詹姆士大师有求必应!

在不聘请专业摄影师的情况下,往往会因为灯光或构图的缺陷而毁了一张照片;但在修图技术日益发达,许多人都会跪求「PS大师」协助。

Hiburan Wed, 8 Oct 2025
error: Content is protected !!