Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 6, 2024 @ 4:18pm

[VIDEO] Ustaz Don Perjelas Dakwaan Sebar Dakwah Guna Hadis Palsu

Pendakwah selebriti, Ustaz Don tampil bersuara mengenai dakwaan dirinya menyampaikan dakwah menggunakan hadis palsu kepada orang ramai.

Menerusi video TikTok tular temu bual Ustaz Don bersama radio Suria, penceramah bebas ini berkata dia sama sekali tidak mempunyai sebarang niat untuk menyeleweng umat Islam.

“Ada orang kata hadis tak sahih terpulanglah. Dia punya buku kata tak sahih, buku-buku kita semua ulama kata sahih.

“Saya dah berada dalam arena berdakwah selama 14 tahun, jadi tiada sebab untuk dia menipu dalam memberi dakwah serta meminta orang ramai untuk tidak takut.

“Saya dengan kepercayaan, dah duduk dalam arena dakwah ni dah 14 tahun.

“Insya-Allah, saya tak ada niat nak menyeleweng rakyat malaysia. Jadi jangan takut.

“Seperti mana saya nak anak-anak saya jumpa dengan guru yang betul, saya juga akan berusaha untuk menjadi guru yang betul kepada anak-anak tuan,” katanya.

@ar_rayyanchannel

kredit to @Suria Malaysia #ustazdondaniyal

♬ Sad Music – Max-Music

Sebelum ini, Ustaz Don atau nama lengkapnya Don Daniyal Don Biyajid menjadi sebutan hangat menyampaikan hadis tidak palsu.

Malah, penceramah ini juga dikhabarkan telah ‘direhatkan’ daripada bersiaran di program RTM.

Artikel Berkaitan: Ustaz Don Daniyal Direhatkan Daripada Bersiaran 

Kredit: Suria

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Mar 2026

“Saya Tak Ikuti Perjalanan Hidup Dia” – Erma Fatima Nafi Karya Baharu Ada Kaitan Dengan Da’i Syed

“Apa yang berlaku kepadanya, saya sendiri tidak pasti kesahihannya” – Erma Fatima

Featured Mon, 19 May 2025

Tempoh Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

Hukuman terhadap kes amang seksual pendakwah bebas, PU Azman dikurangkan kepada 12 tahun

Trending Tue, 2 Mar 2021
Featured Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Sat, 14 Feb 2026

Jaja Ishak Tepis Dakwaan Syarikat Produksi Disenarai Hitam – “Gosip Itu Tidak Baik, Industri Kita Terlalu Kecil”

Jaja Ishak menafikan dakwaan syarikat produksi miliknya disenarai hitam stesen televisyen.

Featured Thu, 8 Aug 2024
Featured Thu, 9 Jan 2025
Hiburan Thu, 13 Jul 2023
error: Content is protected !!