Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 7, 2023 @ 3:30pm

Isu Gaduh Dengan Puteri Balqis & Didakwa Play Victim, Qistina Raisah Sudah ‘Malas’

Selepas isu kontroversi melibatkan dirinya dan pelakon remaja popular, Puteri Balqis tular sejak kebelakangan ini, Qistina Raisah akhirnya tampil membuka mulut susulan tuduhan yang mengatakan dirinya berpura-pura menjadi mangsa keadaan.

Katanya, dia berterima kasih dengan tindakan pelakon itu apabila meluahkan maksud tersirat di atas konflik yang timbul.

Malah, mengaku sudah malas untuk memanjangkan isu tersebut.

“Industri seni ini kecil sahaja. Saya pun tiada masa nak bergaduh tentang perkara remeh. Kalau jumpa dia di mana-mana selepas ini, saya akan cuba tegur macam biasa.

“Memang betul. Dia sudah banyak menang anugerah dan dia memang seorang pelakon yang hebat.

“Dan saya sudah malas nak panjangkan isu ini. Kalau dia kata saya berlagak seperti Play Victim, itu terpulang.

“Rasanya netizen tahu siapa individu yang dia maksudkan. Sekurang-kurangnya, dia tak berdiam diri selepas menyebabkan reputasi saya tercalar,” katanya.

Terdahulu, Aqish tampil mempertahankan kenyataannya bahawa, dia tidak pernah menyebut nama mana-mana individu menerusi status yang di muat naik sebelum ini apatah lagi ia tertuju kepada Qistina.

“Saya tak ada sebut nama mana-mana selebriti jadi saya tak faham kenapa perlu bercakap lebih. Saya tak suka cakap banyak, saya cakap sekali je. 

“Saya bukan jenis yang hari ni bergaduh, besok up status. Kadang makan tahun.

“Jadi saya rasa kalau orang tak mention nama saya pun, walaupun saya tahu orang itu cakap 100% pasal saya.. Saya tak akan bersuara melainkan kalau dah melampaui batas,” jelas Aqish.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Bergaduh Dengan Qistina Raisah, Ini Respons Puteri Balqis – “Tak Sebut Nama Sesiapa, Kenapa Perlu Play Victim?” 

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Disindir Puteri Balqis, Qistina Raisah Menangis, Maklum Dah 4 Hari Tak Buka Media Sosial – “Saya Tak Nak Hati Saya Busuk”

ARTIKEL BERKAITAN:Terkejut Disindir Puteri Balqis, Ini Respons Qistina Raisah – “Tolong Cerita Perkara Sebenar Secara Terbuka…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 May 2025

“Tiada Lagi Kereta Sewa Untuk Dilenjan”- Zahnita Berjaya Beli Kereta Jenis SUV, Netizen Titip Kata Semangat

Zahnita kelihatan ceria sambil memegang jambangan bunga di samping kereta pacuan empat roda berwarna biru jenis SUV.

Featured Wed, 21 Feb 2024
Trending Tue, 12 Jan 2021

Kes Tertinggi Pernah Direkodkan, Kes Baru Positif Covid-19 Catat 3,309

Tiada apa yang mustahil, kita pasti boleh menang sekali lagi!

Events Wed, 11 Jul 2018

Anda Peminat K-Pop? Jangan Lepaskan Peluang Untuk Dapatkan Barangan Eksklusif Daripada Wanna One Hanya Di Cj Wow Shop

Buat pelanggan mahupun peminat Wanna One yang membeli barangan eksklusif ini, anda juga layak menerima hadiah misteri daripada kumpulan popular mereka.

Trending Tue, 9 Jan 2018

Stor Apple Bertukar Kecoh Apabila Bateri IPhone Meletup

Angkara sebiji bateri Iphone meletup, kecoh satu kedai dibuatnya! Kejadian berlaku di sebuah stor Apple di Zurich dimana…

error: Content is protected !!