Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 28, 2024 @ 3:33pm

Bacaan Buah Pinggang Meningkat, Nabila Huda Kongsi Kondisi Kucing Kesayangan Bikin Ramai Sebak! – “Nangis Sebab Tahu Feeling Tu”

Pelakon dan pengacara popular, Nabila Huda mencuri perhatian selepas berkongsi keadaan kucing kesayangannya yang diberi nama Aoki sejak Jumaat.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram Stories, Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil memaklumkan bahawa bacaan buah pinggang kucing kesayangannya yang digelar Aoki itu meningkat sehingga 1,500.

Dan, doktor telah memberikan dua pilihan sama ada untuk meninggalkan Aoki di hospital untuk tujuan pemantauan ataupun membawanya pulang ke rumah.

“Semalam buat second blood test. Bacaan untuk kidney dia naik 1,500. Doktor ada bagi dua option sama ada nak bagi dia duduk hospital tapi tidak menjanjikan yang Aoki akan pulih sebab berada dalam keadaan kritikal. Doktor takutkalau dia admitted nanti dialagi stress and then buat nya jadi apa-apa, Aoki tak ada dengan kami.

“Second option, dokor sarankan untuk kami bawa balik dan buat sendiri dekat rumah (proses memberikan ubat dan sebagainya) aand doktor cakap spend time dengan dia,”kongsinya.

Dalam pada itu, Abil turut berkongsi beberapa foto peribadi miliknya bersama Aoki menerusi muat naik di Instagram.

Menyifatkan kucingnya itu sebagai haiwan yang sangat manja, Abil mengaku akan menyayangi Aoki sehingga nafas terakhirnya, namun  menganggapperkara sebaliknya pula akan berlaku.

” He always clingy la tetap nak berkepit bawah ketiak mummy..I always told Aoki, i will forever love you until my last breath..Tapi skarang nampak gaya macam Aoki pulak will love mummy util his last breath,”kongsinya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet sebak melihat perkongsian Abil di media sosial sekaligus menitipkan doa agar kucing kesayangan itu segera pulih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 6 Jan 2021

Tidak Lulus i-Sinar? Ini Cara Permohonan Baru Untuk Kategori 2 Bermula 11 Januari

Tak lulus kategori 1? Jangan risau kategori 2 masih ada!

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

Pesalah Sebar Filem Munafik Secara Haram Diarah Bayar RM100K

Haa, lepasni kalau tak insaf lagi, tak taulah nak cakap apa

Featured Sun, 5 Apr 2020

Berhati-hati beli produk kesihatan dalam talian

Perhatikan label pada kotak pembungkusan

Hiburan Fri, 5 Jul 2019

Benda Negatif? Sorry, Next!

Teruskan menjadi Ibu Yang Terbaik!

Replicated Draft Mon, 8 Apr 2024

[VIDEO] Raya Dah Tak Sama? Iklan Raya Ni Kongsi Momen Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mertua!

Bukan mudah nak biasakan diri dengan persekitaran baru. Apatah lagi apabila hampir kesemuanya berbeza. Adakah raya masih sama? Bagaimana pula dengan juadah yang ada? Banyak persoalan yang akan bermain di minda. Tetapi itu bukan halangan untuk […]

Hiburan Sun, 7 May 2023

Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds Bakal Tampilkan Anuar Zain

Wah siap ada Anuar Zain buat persembahan lah

Events Thu, 26 Dec 2019
error: Content is protected !!