Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari February 21, 2024 @ 1:13pm

Tun Abdul Taib Mahmud Meninggal Dunia

Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud telah menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur kira-kira jam 4.28 pagi tadi.

Memetik laporan Astro Awani, berita duka tersebut disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof.

“Sekarang jenazah akan dimandikan dan InsyaAllah akan dibawa ke Masjid Negara untuk penghormatan terakhir (peringkat Semenanjung) sebelum jenazah dibawa ke lapangan terbang untuk diterbangkan ke Kuching, Sarawak,” ujar Fadilah.

Allahyarham kembali ke rahmatullah pada usia genap 87 tahun.

Kemudian, jenazah akan dibawa pulang hari ini ke Kuching dan akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk penghormatan terakhir.

Lagi, jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Demak sebelum dikebumikan di sebelah kubur isteri pertamanya, Toh Puan Laila Taib di kediaman peribadi mereka di Demak Jaya.

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 10 May 2026

Rita Rudaini Kongsi Lalui Fasa Sukar Sepanjang 50 Tahun – “Hampir 4 Tahun Tanpa Job, Tak Dibenarkan Keluar Rumah  & Ramai Minta Saya Mereput”

Rita Rudaini meluahkan perasaannya dan berkongsi antara ujian terbesar yang pernah dilaluinya sepanjang 50 tahun kehidupannya.

Trending Tue, 26 Jun 2018

世界上竟然有这么美的树!果实高达40种

你相信世界上有这么美的树吗?

Trending Wed, 25 Mar 2020
Trending Tue, 6 Oct 2020

Wajib Baca! Syarat Kelayakan Permohonan BPN 2.0

Jom check korang layak ke tak!

Hiburan Thu, 5 Oct 2023

Siti Nordiana Akui Emosi Terganggu Kes Saman Lima Sekawan, Pilih Cari Ketenangan Di Masjid

Mestilah terganggu kan.. Semoga dipermudahkan urusan Siti Nordiana

Featured Wed, 7 Apr 2021

Adakan Konsert, Akim Ahmad Jadi Vokalis Kumpulan Search?

Kumpulan rock legenda, Search, bakal mengadakan konsert Rockology Malaysian Tour 2021 yang bakal berlangsung pada 10 April ini, jam 9 malam di Waronk Avenue, Melaka. Menariknya, persembahan itu menampilkan kolaborasi Search yang diwakili oleh Din […]

error: Content is protected !!