Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 8, 2023 @ 10:23am

Mati Di Tempat Lain 48 Jam Sebelum Ditemui, Ini Kronologi Kes Zayn Rayyan… Polis Tubuh ‘Task Force’, Panggil Semula Ibu Bapa Beri Keterangan

Kematian Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mati dibunuh mengejutkan ramai pihak apatah lagi hasil bedah siasat menunjukkan kanak-kanak autistik itu dilaporkan telah meninggal dunia 48 jam di lokasi lain sebelum ditemui.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata, bedah siasat mendapat terdapat kesan jenayah dibadan mangsa termasuklah kecederaan leher, berkemungkinan besar dicekik atau dijerut.

Katanya, bedah siasat pada petang Khamis menunjukkan mangsa bukan meninggal dunia di lokasi mayatnya ditemui.

“Bedah siasat menemui defensive wound (kecederaan akibat mempertahankan diri).

“Demi menjaga maruah Allahyarham dan keluarga, memadai saya cakap itu sahaja,” katanya.

Susulan hasil bedah siasat yang dijalankan,  Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, pihak polis akan merakam semula keterangan ibu bapa mangsa selepas hasil bedah siasat membuktikan Zayn Rayyan mati dibunuh.

“Ya, kita akan rakam semula keterangan ibu dan bapa mangsa (untuk bantu siasatan polis).

“Selain itu, kita turut wujudkan ‘task force’ (pasukan khas) fokus untuk membantu dalam siasatan kes ini,” jelasnya.

Terdahulu, kanak-kanak malang itu ditemukan di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya kira-kira jam 10 malam tadi oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari bersama pihak polis.

Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring secara mengiring di tepi anak sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai.

Tambahnya, pihak polis juga akan memanggil semua saksi terdekat kes ini termasuklah ibu bapa, jiran dan orang awam yang menjumpai mangsa.

Sekadar info, jenazah Zayn Rayyan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, kira-kira jam 7 malam pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Adik Zayn Rayyan Gagal Tahan Sebak, Terkejut Anak Mati Dibunuh

ARTIKEL BERKAITAN:Hasil Bedah Siasat Sahkan Kanak-Kanak Autistik Zayn Rayyan Mati Dibunuh

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 Aug 2022
Featured Wed, 5 Feb 2020

Kurus sepantas kilat, senaman ini wajib cuba!

Turun lebih 4 kilogram dalam masa sebulan

Hiburan Tue, 20 May 2025
Hiburan Tue, 7 Oct 2025

Ieda Moin Kongsi Detik Hampir Terlibat Dalam Hubungan Songsang Ketika Remaja – “Syukur Ramai Rakan Artis Nasihat”

Ieda Moin menjelaskan perkara tersebut timbul akibat pergaulannya dengan pelbagai individu daripada latar belakang berbeza

Featured Thu, 27 Oct 2022

Kos Cecah RM167,000, Lana Nodin Jawab Sebab Bedah Hidung Di Korea – “Saya Guna Tulang Rusuk..”

Ibu bapa dan suami beri keizinan. Lana Nodin syukur selepas ini tiada lagi pembedahan hidung

Trending Tue, 23 Aug 2022

“Saya Tahu Diri Saya” – Ali Reza Nafi Jadi Punca Perceraian Pelakon?

Pelakon meningkat naik, Ali Reza tampil menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya berkaitan perceraian rumah tangga seorang pelakon. Ali Reza atau nama sebenarnya Ali Reza Kavoossi menafikan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia dengan pelakon […]

Hiburan Tue, 25 Feb 2025

“Cukuplah Sederhana, Asal Sejiwa” – Erra Fazira Impikan Pengakhiran Rumah Tangga Yang Tenang

Erra Fazira impi perkahwinan terakhir yang membawa kepada kebahagiaan

Hiburan Tue, 18 Dec 2018

Elly Mazlein Sudah Dilamar?

Laman Instagram Elly turut dipenuhi dengan ucapan hari jadi daripada peminat yang gembira dan berharap idola ramai ini segera naik pelamin.

error: Content is protected !!