Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom February 5, 2020 @ 2:51pm

Kurus sepantas kilat, senaman ini wajib cuba!

Memilih untuk kurus menerusi jalan singkat, biasanya membawa kemudaratan kepada diri sendiri lebih-lebih lagi mereka yang mengamalkan pengambilan pil kurus.

Ramai yang masih meneruskan tabiat ini walaupun tahu akan risikonya kerana ini satu-satunya jalan untuk mendapatkan perubahan bentuk badan secara drastik.

Tambahan pula, cara alternatif yang lain, misalnya melakukan pembedahan pembuangan lemak menuntut pembiayaan kos yang tinggi, justeru pil kurus menjadi penyelesaian bagi mereka yang mahu kurus, tetapi malas bersenam.

Hakikatnya, tiada jalan yang lebih baik selain melakukan senaman, justeru Hijab & Heels ingin berkongsi tip senaman kurus sepantas kilat seperti yang dikongsikan oleh Amy Azlina Nordin, pengurus sebuah bank terkenal di Kuala Lumpur.

Mesra disapa Amy, wanita berusia 37 tahun itu ditemui di 29Planet Fitness yang berpangkalan di Taman Maju Jaya, Cheras, Kuala Lumpur. Gimnasium unisex itu beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 12 malam.

Apa yang menariknya mengenai Gimnasium ini, pengunjung boleh melantik jurulatih peribadi untuk membantu mencapai matlamat anda, malah kadar harga yang ditetapkan kepada pengunjung juga sangat berpatutan iaitu RM5 bermula dari 10 pagi hingga 4 petang, manakala 4 petang dan seterusnya, RM7.

“Saya suka datang ke sini kerana peralatan gimnasiumnya boleh dikatakan lengkap, malah bayaran pendaftaran ahli tetap juga tidak mahal yaitu RM80 sebulan. Bagi setiap ahli yang mendaftar akan mendapat tuala dan lokar untuk setiap kali sesi di gimnasium.

“Pihak gimnasium juga menawarkan satu sesi percuma dengan jurulatih disediakan bagi mereka yang pertama kali mendaftar sebagai ahli,” katanya.

Amy berkata, senaman yang disarankan pihaknya dapat membantu seseorang untuk hilang empat hingga lapan kilogram dalam tempoh kurang dua bulan jika dilakukan secara berterusan tanpa perlu mengambil pil kurus.

Selain dapat memperoleh badan idaman anda, dengan bersenam juga boleh menghindari seseorang itu daripada pelbagai penyakit terutama dapat melancarkan pengaliran darah dalam badan.

Jom kita saksikan bentuk senaman yang diamalkan oleh Amy.

1. Sebelum memulakan sebarang pergerakan atau senaman,lakukan regangan badan terlebih dahulu kira-kira 5 minit.

2. Sesudah itu, Amy meneruskan rutin senaman dengan melakukan treadmill cardio. Faedah yang diperoleh melalui senaman kardio ini antaranya:

   a. Bertindak membakar lemak dan kalori sekali gus membantu mengurangkan berat badan.
   b. Menjadikan jantung lebih kuat supaya tidak perlu bekerja keras untuk mengepam darah.
   c. Meningkatkan kapasiti paru-paru.
   d. Mengurangkan risiko serangan jantung, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes dan beberapa bentuk kanser.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui Senaman Murah Dan Mudah Untuk Kekal Sihat!

Foto: NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI.

Sebaik-baiknya lakukan larian di atas treadmill ini dalam tempoh lima hingga ke tujuh minit sebelum memulakan senaman.

3. Langkah seterusnya adalah arm cross side by side yang berfungsi untuk membakar lemak degil di sekitar lengan.

Foto: NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI.

Lakukan sebanyak empat set, iaitu satu set bersamaan 20 kali ulangan

4. Rutin seterusnya ialah Lunges. Latihan ini melibatkan otot teras dan abdomen. Ia membantu membina kestabilan apabila anda menggerakkan pinggul ke atas dan ke bawah.

Otot teras yang kuat membolehkan anda mengatasi sakit belakang dan meningkatkan keseimbangan dan postur badan. Lunges melatih satu bahagian badan anda secara bebas dari satu sama lain pada satu masa.

Foto: NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI.

Lakukan sebanyak tiga set, iaitu setiap satu set bersamaan 12 kali ulangan.

5. Beralih pula pada rutin senaman high knee. Ia merupakan senaman kardio intensif yang dilakukan dengan pantas dan membabitkan otot teras anda, menguatkan semua otot di kaki, mengimbangi kadar degupan jantung serta meningkatkan momentum, koordinasi dan kelenturan badan.

Foto: NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI.

Lakukan rutin ini sebanyak empat set, iaitu setiap satu set perlu diulang sebanyak 12 kali.

6. Seterusnya lakukan Jumping Jacks yang menumpukan pada bahagian organ seperti hati, paru-paru, dan otot pada masa yang sama.

Foto: NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI.

Lakukan rutin ini sebanyak tiga set dan satu set membabitkan kiraan 50.

7. Rutin seterusnya ini dinamakan sebagai mountain climbers. Mulakan secara perlahan sebelum menambah kelajuan. Lakukan sekurang-kurangnya dua set dengan kiraan lapan hingga 10 kali.

Sebaik sahaja selesa, anda boleh meningkatkan jumlah set juga kiraan. Senaman ini memberi perhatian khusus pada penjajaran badan.

Foto: NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI.

8. Knee push ups, adalah rutin senaman yang dapat melegakan tekanan pada bahagian leher, bahagian belakang dan bahu. Banyak manfaat dapat diperoleh dengan melakukannya.

Apabila rutin knee push ups ini dilakukan dengan betul, ia akan memberikan postur badan yang lebih baik, meningkatkan keseimbangan, koordinasi dan ketangkasan. Manfaat lain adalah membantu untuk mencegah dan mengurangkan kesakitan belakang.

Foto: NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI.

Lakukannya sebanyak empat set dengan 12 kiraan bagi setiap set.

Mudahkan panduan senaman yang dikongsikan Amy ini. Anda boleh melakukannya di rumah tanpa perlu ke gimnasium. Jadi tunggu apa lagi, jom mulakan sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 5 Sep 2022
Featured Tue, 21 Feb 2023
Featured Fri, 21 Oct 2022

“Anak Bertuah Orang Suruh Belajar, Dia Pergi Petik Taugeh” – Gelagat Comel Jebat Jayden Curi Tumpuan

Anak kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sering tular disebabkan telatahnya yang sering menjadi perhatian ramai. Baru-baru ini, tular satu rakaman yang dimuat naik oleh Nabila di akaun TikTok. Dalam video tersebut, […]

Featured Wed, 15 Mar 2023

“Bohonglah Kalau Tak Pernah ‘Kena’” – Kongsi Tips Rawatan, Janna Nick Dedah Kerap Disihir?

Allahuakbar! Dah 2023 pun masih ramai yang percaya benda macam ni eh 🥹

Featured Fri, 12 Mar 2021
Featured Thu, 8 Nov 2018

Bercuti Tanpa Giant Over-Sized Sun Hat Ini, Bermakna Anda Belum Cukup Fashionista!

Stail topi besar ini dicetuskan oleh pereka fesyen Perancis, Simon Porte Jacquemus pada 2017.

Featured Wed, 24 Mar 2021

Sekolah Di Kota Bharu Ditutup Selepas 11 Guru dan 1 Orang Murid Positif Covid-19

Seramai 11 guru dan seorang murid yang dipercayai positif Covid-19 menyebabkan sebuah sekolah di Kota Bharu, Kelantan ditutup. Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussain. Difahamkan berkemungkinan berpunca daripada seorang […]

error: Content is protected !!