Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin May 11, 2018 @ 11:00am

5 Jenis Makanan Ini Boleh Bantu Ibu Hamil Yang Mengalami Masalah Anemia. Wajib Ambil Tahu!

Bagi anda yang mempunyai masalah kekurangan darah atau hemoglobin (Hb) rendah ataupun anemia, anda perlu ketahui bahawa terdapat 5 jenis makanan yang boleh membantu anda!

Biasanya, anemia ini selalu dihidapi oleh ibu yang sedang hamil dan bahayanya kandungan darah dalam badan tidak mengandungi sel darah merah yang cukup untuk membawa oksigen bagi keperluan tisu badan serta pembentukan bayi.

Selain itu, anemia juga boleh menyebabkan komplikasi kelahiran bayi pramatang, bayi kurang berat badan dan lewat perkembangan di samping kemurungan selepas bersalin. Takut kan?

Untuk pengetahuan anda, punca berlakunya kekurangan darah adalah disebabkan tubuh kita kekurangan 4 nutrisi penting dalam penghasilan darah seperti asid folik, vitamin B12, vitamin C dan zat besi. Jom kita ketahui 5 jenis makanan ini yang boleh membantu mengatasi masalah anemia ini.

1. Kuning telur

Foto: Khasiat.com

Seperti yang kita ketahui, telur mengandungi protein, kalsium, vitamin dan zat besi. Anda boleh makan telur yang mengikut kategori gred A dan diperkaya dengan Omega 3.

Kuning telur pula sangat berkesan sebagai makanan tambah darah. Amalkan pengambilan telur secara teratur 2 kali sehari.

2. Hati

Foto: Kabar6.com

Untuk pengetahuan anda, hati merupakan salah satu makanan yang memiliki paling tinggi zat besi. Hati ayam (100gms) mengandungi 9mg zat besi, manakala hati lembu pula mengandungi lebih kalori dibandingkan dengan jenis hati lain.

Selain itu, kerang juga mempunyai zat besi bagi meningkatkan darah merah.

3. Tembikai

Foto: Well Being Secret

Tembikai kaya dengan vitamin A yang sangat berkesan untuk meningkatkan sel darah merah. Ia juga dapat membantu zat besi dalam hemoglobin untuk mengikat oksigen.

4. Ikan

Foto: Irvine

Ikan mengandungi asid lemak Omega-3. Contohnya ikan Salmon dapat membantu meningkatkan bacaan Hb ketika anda hamil. Bukan itu sahaja, ikan juga mengandungi vitamin B-12 yang membantu untuk pembentukan sel-sel darah.

Manakala telur ikan pula mengandungi nutrisi berkhasiat seperti protein, karbohidrat dan zat besi yang boleh membantu dalam menaikkan bilangan hemoglobin.

5. Sayuran berdaun hijau

Foto: Rasa

Bagi anda yang tak suka makan sayur, lepas ini perlu makan sayur untuk meningkatkan bacaan darah. Sayuran yang mengandungi zat besi yang tinggi dan kandungan asid folik semula jadi adalah sayuran berdaun hijau terutamanya bayam.

Selain itu, brokoli, kangkung, kale dan sawi juga amat membantu untuk mengelakkan anemia dan baik untuk kesihatan kita.

Kesimpulannya, anda perlu mengambil 5 jenis makanan ini bagi mengatasi masalah anemia. Penting bagi ibu hamil juga, anda jangan ambil mudah tentang ini ya! Sayangilah diri dan kesihatan bayi anda.

Sumber: Mingguan Wanita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Tue, 25 Sep 2018
Sihat Sun, 17 Nov 2019

Penjagaan kawasan intim perlu demi kesihatan dalaman

TWO L(I)PS pelihara kebersihan kawasan sulit

Featured Sun, 21 Aug 2022

Azizulhasni Titip Ucapan Penghargaan Buat Doktor Yang Selamatkan Nyawanya

Alhamdulillah, Datuk Azizulhasni Awang makin pulih

Sihat Wed, 1 Aug 2018

Jangan Terlalu Asyik Menghayati Suasana Rimba Sampai Terbawa Pulang 3 Penyakit Ini

Antara penyakit yang mungkin dijangkiti semasa beriadah di dalam hutan adalah Leptospirosis, Malaria dan Melioidosis.

Featured Tue, 8 Oct 2019
Featured Wed, 7 Nov 2018

Ini Cara Gerenti Efektif Untuk Lancarkan Hidung Yang Tersumbat

Leceh betul bila ia berlaku sebab susah nak bernafas!

Featured Wed, 1 Apr 2020

Ingin kurus dan langsing, jom QuaranTeam cara Che’ Puan Khaleeda

Bentuk badannya jadi inspirasi wanita di luar sana

Featured Tue, 3 Sep 2019

Berhenti membawa beg tangan berat!

Jika anda tahu kesannya, sila tukar beg tangan kecil sahaja!

Featured Sat, 28 Mar 2020

Rumah juga perlu dinyah kuman

Ikuti panduan mudah ini

Sihat Wed, 26 Dec 2018
error: Content is protected !!