Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari March 20, 2023 @ 5:30pm

“Dia Respect Aku, Aku Respect Dia” – Kongsi Pendapat Hidup Bermadu, Netizen Kagum Dengan Datin Red & Adira

Selepas memuat naik video berpegangan tangan bersama madunya Datin Red, penyanyi Adira Suhaimi membuat warganet kagum dengan keakraban mereka.

Susulan itu, ada individu di TikTok berkongsi sebuah video yang memaparkan Datin Red memberi pandangannya mengenai poligami dan maksud baik dengan madu.

“Bagi pendapat saya, baik itu tidak semestinya akan post dekat media sosial berlaga-laga pipi… bukan begitu.

“Baik itu adalah dia respect aku, aku respect dia dan tak masuk campur hal rumah tangga dia, rumah tangga aku. Jaga rumah tangga masing-masing dan saya dekat luar jumpa dia, terserempak dengan dia… kami is okay.

“Dia hormat aku sebagai kakak, aku hormat dia sebagai adik dan untuk keluar sama-sama… laki (suami) aku yang taknak. Laki aku cakap takut tidak dapat menjaga hati isteri-isterinya. Yang itu je laki aku cakap. Aku okay tapi dia (suami) yang takut mengecilkan hati isteri-isterinyalah kan,” jelas Datin Red.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat madu Adira tersebut dan memuji tindakan Datuk Red yang mementingkan perasaan kedua-dua isterinya itu.

Artikel Berkaitan: Berpegangan Tangan Dengan Madu, Keakraban Adira & Datin Red Buat Ramai Terharu

Artikel Berkaitan: “Suami Kena Main Peranan” – Jalin Hubungan Baik Dengan Datin Red, Adira Suhaimi Saling Bertoleransi

Artikel Berkaitan: Buat Kejutan Sempena Hari Jadi & Beri Hadiah Gelang Tangan Mewah, Hubungan Baik Adira Suhaimi & Madu Dipuji Netizen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Jun 2025
Featured Mon, 19 Mar 2018

Kafe Masakan Mexico Ini Menghidangkan ‘Nachos Cheese’ Meleleh. Tengok Pun Dah Terliur!

Peminat cheese semua! Jom ke kafe Nachoslah di The Port, Damansara sebab ada hidangan istimewa untuk anda!

Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Tiga Tahun Menanti, Hafiz Teruja Ke Pentas Final AJL 34!

Antara lagu ‘favourite’ tahun ini!

Trending Mon, 14 Sep 2020
Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Apa Salah Saya, Asyik Kena Kecam Jer – Boy Iman

“Biarlah masa menentukan. Tunggu sahaja hari konvokesyen berlangsung kelak,” komennya ringkas.

Trending Tue, 9 Jul 2019

Malaysian “Phoenix” Proves Hijabis Can Kick Ass Too!

Sophie Turner who? We don’t know her. The only Phoenix we know is Nor “Phoenix” Diana.

Hiburan Thu, 19 Dec 2024

Lan Zailan Menghembuskan Nafas Terakhir

Lan Zailan meninggal dunia.

error: Content is protected !!