Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 15, 2023 @ 6:23pm

“Suami Kena Main Peranan” – Jalin Hubungan Baik Dengan Datin Red, Adira Suhaimi Saling Bertoleransi

“Kena ada tolak ansur dan saling menghormati. Suami kena main peranan.”

Demikian kata-kata penyanyi Adira Suhaimi mengenai hubungan baik yang terjalin dengan madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red.

Pelantun lagu Ku Ada Kamu ini meraih perhatian ramai selepas videonya berpimpin tangan dengan Datin Red tular di media sosial, baru-baru ini.

Menurut Adira, sikap toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain penting dalam kehidupan bermadu.

Suami mereka, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red juga memainkan peranan dalam memastikan keharmonian rumah tangga.

“Sejujurnya, hubungan kami pun ada pasang surutnya. Saya kini sudah lapan tahun berkahwin. Faktor umur pun membuatkan kami matang.

“Suami juga memainkan peranan penting dalam memastikan dua rumah tangga yang dibina berada dalam keadaan baik dan berlaku adil,” ujarnya.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayoub yang kini berusia enam bulan.

Adira juga menasihatkan agar wanita yang berada dalam situasinya untuk sama-sama bertoleransi.

“Rasa tolak ansur dan saling menghormati paling penting. Dalam hubungan itu bukan seorang sahaja yang kena mengalah tapi dua-dua kena mengalah.

“Makin berusia, hanya nak tenang-tenang dalam kehidupan. Kalau boleh nak fokus besarkan anak-anak saja

“Saya doakan semua urusan rumah tangga yang mengalami masalah dipermudahkan. Lain orang lain dugaannya. Alhamdulillah saya punya bahagian dah berlalu,” ujarnya.

Adira ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Ariani Layar Lara 2023, di Kuala Lumpur Convention Centre pada Selasa.

Selepas beberapa tahun tidak mengadakan pertunjukan fesyen kerana kekangan pandemic, jenama ini kembali melancarkan koleksi pakaian sempena Syawal.

Jenama terbabit melantik Datin Lisa Surihani, Uyaina Arshad dan Bella Dally selaku duta.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Oct 2024
Featured Wed, 13 Sep 2023
Events Wed, 8 Mar 2023
Hiburan Sat, 13 Jul 2024
Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] ‘Sound’ Orang Bodoh, Ramai Netizen Sokong Zulin Aziz! – “Bila Marah Auto Jadi Ziana Zain”

Min setuju dengan Zulin! Buat penat diri sendiri je kalau layan orang bodoh 😌

Trending Tue, 3 Apr 2018

Tarian Alien Hijau Buat Dame Tu Cosita Tular, Caras Populariti Lagu Panama

Apa yang menariknya, selain irama yang menangkap, muzik video lagu Dame Tu Cosita turut mempamerkan aksi lucu alien berwarna hijau menari mengikut tempo.

Trending Fri, 18 May 2018

「青菜+锅子」变身范冰冰!泰国超低成本Cosplay女神

每次看到女明星穿上华丽的礼服,都好羡慕吗?想要尝尝变成女神的感觉,你可以自己做!

Hiburan Fri, 19 Jan 2018

JINNYBOYTV’S VIDEO GETS HEAVILY CRITICISED BY NON-MALAYSIANS

JinnyBoyTV’s latest video went viral when 9GAG shared it onto their Facebook page. Unfortunately, non-Malaysians are slamming the video pretty badly.

error: Content is protected !!