Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 27, 2024 @ 2:00pm

“Saya Dah Kosong, Kunci Kereta Pun Saya Tak Mampu Betulkan” – Nas Ahmad Hilang Punca Pendapatan, Terharu Rakan Artis Seperti Mawi Hulur Bantuan

Bekas wartawan popular, Nas Ahmad berasa sebak apabila memaklumkan, dia kini sudah kehilangan punca pendapatan sejak rumah produksi miliknya terpaksa ditutup ketika pandemik melanda negara beberapa tahun lalu, termasuklah keadaan kesihatannya kini sedikit membimbangkan.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nas Ahmad berkata, dia berasa ‘down’ memandangkan ini adalah kali pertama dia diserang penyakit.

Menurutnya, sebelum ini dia hanya mengalami demam dan pening sahaja.

“Saya dulu tak pernah ambil ubat dan tak pernah  kena sakit paling kurang pun kena demam, pening tapi itu biasa. Tapi sekarang ni first time saya kena sakit serangan jantung ni jadi inilah pertama kali dalam sejarah hidup saya dan down,” katanya.

Bagaimanapun, dia yang popular menerusi segmen Terjah dalam program Melodi bersyukur, kerana walaupun dia kini berstatus asnaf dan miskin bandar, ramai pihak tampil menghulurkan bantuan.

“Saya dah kosong dah.. Dulu saya dapat hasil daripada reporting semua… Tapi sekarang dah zero income. Tapi alhamdulillah juga walaupun kosong ada juga yang baik hati menyumbang termasuklah badan-badan, zakat selangor pun ada membantu.

“Tapi alhamdulillah, saya boleh bertahan. Allah itu ada. Miskin bandar ni dia ada upah tapi sebagai contoh, saya ada kerja.. masa zaman saya kerja dahulu, saya mampu beli kereta tapi sekarang ni kalau kunci kereta patah pun saya dah tak mampu.

“Dulu bekerja sekarang tidak dan sekarang dah zero income. Kereta dah habis bayar, alhamdulillah cuma rumah sahaja,” jelasnya.

 

Terharu dan tidak menyangka masih ada dalam kalangan artis yang membantu meringankan bebannya, Nas Ahmad, 62, mendedahkan antara rakan artis yang datang menghulurkan bantuan adalah, Mawi dan Adzrin Adzhar.

“Saya tak sangka, saya ni bukanlah jenis yang tak ada kawan rapat.sama ada dalam dunai kewartawanan ke atau kawan sekolah. Kalau ada pun atas urusan kerja. Begitu juga dengan rakan-rakan artis.

“Dan bila cerita saya keluar dan mereka dapat tahu, ramai juga yang bantu. Badan-badan seniman, karyawan malah yang bukan TV3 pun sama.

“Antara artis yang menghulurkan bantuan adalah Mawi, Adzrin Adzhar dia pun fighter kanser tapi saya serius tak sangka memang masa kita kerja dulu Melodi masa tu saya yang akan selalu cover story mana-mana artis yang sakit dan tak tahu pula benda tu berbalik pada saya dipenghujung usia saya.

“Kita bukan minta sedekah tapi kita jujur.  Kalau orang tanya macam mana keadaan sekarang, saya memang sudah kosong. Dan apa yang saya sudah lakukan dahulu, bantu mana-mana artis yang ditimpa masalah saya ikhlas dan saya tak minta balasan langsung,” ujarnya.

@majalahwanita Dulu waktu Melodi & Terjah, Nas Ahmad banyak bantu artis yang perlu bantuan. Kini tak sangka terima balasan yang sama #wanita #utusantv #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #nasahmadterjah ♬ original sound – Majalah Wanita

 

ARTIKEL BERKAITAN:Nas Ahmad Kongsi Perkembangan Terkini, Darah Terlalu Cair & Cepat Penat Punca Terpaksa Lupakan Hasrat Berkerja

ARTIKEL BERKAITAN:Nas Ahmad ‘Terjah’ Perlu Jalani Rawatan Jantung Segera 

ARTIKEL BERKAITAN:Nas Ahmad Reda Kini Berstatus Asnaf, Mohon Doa Urusan Pembedahan Jantung Dipermudahkan

 

 

Sumber: TikTok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Apr 2025
Hiburan Thu, 17 Oct 2019

Sharifah Amani Dedah Pengalaman Berlakon?

Ada juga ye yang macam tu?

Hiburan Thu, 12 Sep 2019

Britney Spears Bakal Berkahwin Lagi?

Third’s time a charm? Mungkin!

Hiburan Sat, 6 Oct 2018

ćŒ ć­Šć‹è¶Šè·łè¶ŠćčŽèœ»ïŒè”žć€§é©Źæ­Œèż·é…ćˆæ»Ąćˆ†ă€ŒçŠč抂䞻ćœș」

盾隔侍戰äčäžȘæœˆçš„æ—¶é—ŽïŒŒă€Œæ­Œç„žă€ćŒ ć­Šć‹ç ŽçșȘćœ•ć†ćșŠæ„é©ŹäžŸćŠžă€ŠA CLASSIC TOUR ć­Šć‹Â·ç»ć…žă€‹äž–ç•Œć·ĄèżŽïŒ›é•żèŸŸ3ć°æ—¶çš„ć”±è·łæŒ”ć‡șïŒŒèź©ä»–è‡Șć€žè¶Šè·łè¶ŠćčŽèœ»ïŒŒæ›Žć€§è”žæ­Œèż·é…ćˆćșŠæ»Ąćˆ†ïŒŒćœšć€§é©ŹæŒ”ć‡ș「çŠč抂䞻ćœș」。

Hiburan Mon, 18 Nov 2024

Famili Duo 4: Shiha & Ieda Zikir Runtun Jiwa, Jadi Juara Minggu Ke-4! Jom Semak Kedudukan & Markah Penuh Peserta

Shiha Zikir & Ieda Zikir berjaya menjadi juara minggu keempat Famili Duo 4!

Featured Wed, 13 Dec 2023

Muat Naik Video Penghargaan, Patimah Ismail Anggap Puteri Sarah Isteri & Ibu Bertanggungjawab

Satu je min boleh cakap Datin memang contoh mak mentua terbaik!❀❀❀

Featured Tue, 11 Mar 2025

“Setiap Hari Kami Baca 50 Muka Surat” – Nora Danish Khatam Al-Quran Dalam Masa 10 Hari

“Saya bersyukur kerana Allah membuka pintu hati saya sebelum saya meninggalkan dunia ini”- Nora

Featured Tue, 20 Jun 2023
error: Content is protected !!