Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 23, 2023 @ 3:51pm

Nas Ahmad Reda Kini Berstatus Asnaf, Mohon Doa Urusan Pembedahan Jantung Dipermudahkan

Sejak disahkan menghidap penyakit jantung, bekas wartawan hiburan, Nas Ahmad, 61, reda kini berstatus asnaf dalam kategori ‘miskin bandar’ selepas tidak bekerja.

Menurut laporan Harian Metro, Nas atau nama sebenarnya, Md Nasir Ahmad berkata, kehidupannya mula terjejas apabila pandemik Covid-19 melanda.

“Selepas berhenti kerja di stesen TV, saya buka studio produksi di Shah Alam untuk menghasilkan ‘content’ YouTube dan menerbitkan program hiburan yang seiring bidang kemahiran saya.

“Bagaimanapun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19, semua kerja perlu dibuat dari rumah dan studio produksi ditutup, namun sewa bulanan tetap perlu dibayar walaupun PKP,” katanya .

Kongsi bekas wartawan program hiburan popular TV3, Melodi ini lagi, dia sekeluarga berniaga makanan iaitu laksa Johor dari rumah bagi menampung kehidupan sekeluarga serta mendapat bantuan dari pihak Zakat.

“Pada Januari tahun lalu, saya jatuh sakit dan dirawat di Hospital Sungai Buloh serta disahkan ada masalah jantung. Sejak itu, saya tidak boleh bekerja kerana cepat rasa penat dan jadilah ‘zero income’ (tiada pendapatan).

“Tapi, sekarang dua anak saya bekerja di kedai serbaneka dan sedikit sebanyak membantu pendapatan keluarga, selain mendapat bantuan bulanan daripada Pusat Zakat Selangor (PZS),” katanya.

Dalam pada itu, Nas meluahkan rasa senang apabila ramai pihak mendoakannya biarpun terdapat segelintir yang melemparkan kata-kata negatif terhadapnya.

“Saya ada juga baca komen netizen. Alhamdulillah, ramai sebenarnya yang memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar saya sihat segera dan dapat bekerja semula. Terima kasih diucapkan serta sumbangan dihulur.

“Tapi, ada juga segelintir netizen yang komen negatif dan saya biarkan saja. Bagi saya, tidak mengapa kerana masing-masing berhak tulis komen apa yang mereka nak dan saya okay saja.

“Sejujurnya, realiti sebenar kehidupan saya memang tidak senang seperti ‘popularnya’ nama saya dulu. Mungkin orang ingat, Nas Ahmad yang dikenali ramai artis, hidup mewah,” katanya.

Untuk info, Nas yang kini masih menunggu giliran untuk menjalani pembedahan jantung di hospital kerajaan turut mohon didoakan kesihatannya dalam keadaan stabil sehingga mendapat slot pembedahan ditungggu.

Sehubungan itu, kepada orang ramai yang ingin membuat sumbangan membantu meringankan bebanan kewangan dihadapi Nas, boleh ke akaun Maybank, 1010 1133 6478 (Md Nasir Ahmad).

ARTIKEL BERKAITAN: Nas Ahmad ‘Terjah’ Perlu Jalani Rawatan Jantung Segera 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Jun 2022

Sering Dijodohkan, Shuib Akui Masih Belum Bersedia – “Zara Zya Manis Orangnya…”

Kalau ada jodoh tak kemana kan? Tapi hormatlah perasaan Shuib juga yang kehilangan isteri tercinta 😌

Hiburan Sun, 7 Jul 2024

Mula Tadabur Sejak 2021 Di Media Sosial, Fatin Nabila Akui Suara Tenang Beri Pesona Ketika Berdakwah

Kalau tengok video Fatin bagi motivasi, terus bersemangat rasa kan?

Featured Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Mon, 8 May 2023
Hiburan Fri, 24 Aug 2018

CNBLUE’s Yonghwa Shares Truth Behind Kyunghee University Scandal

There were untruths in reports and Yonghwa has cleared them up.

Trending Mon, 13 Jun 2022

[VIDEO] “Dia Lagi Penang Daripada Baba Dia” – Comelnya! Netizen Terhibur Dengan Loghat Jebat Jayden

Jebat Jayden sekali lagi mencuitkan hati orang ramai dengan gelagat lucunya.

Hiburan Wed, 12 Jul 2023

Mat Tudung Begins, Filem Pertama Arahan Fizz Fairuz

Mesti kelakar terbahak bahak ni

error: Content is protected !!