Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 7, 2024 @ 4:57pm

Mula Tadabur Sejak 2021 Di Media Sosial, Fatin Nabila Akui Suara Tenang Beri Pesona Ketika Berdakwah

Pempengaruh, Fatin Nabila Ahmad Zainuddin pernah menjadi perbualan ramai di media sosial selepas memuat naik content video memberi motivasi menggunakan suara yang tenang di TikTok.

Memetik laporan Harian Metro, Fatin mula mempelajari ilmu Tadabur atau memahami ayat al-Quran ketika dia mengalami gangguan kesihatan mental sejak di universiti sehingga perlu mendapatkan rawatan.

“Ketika saya mengalami masalah kesihatan itu, kehidupan saya sebagai pelajar terganggu kerana sentiasa mengalami ketakutan sepanjang masa. Saya buntu untuk merawat masalah mental ini.

“Sehinggalah saya diperkenalkan dengan tadabur membabitkan surah pertama ialah surah Al-nas yang tersirat pelbagai rawatan rohani yang banyak membantu saya mengembalikan kesihatan mental,” katanya.

Jelas Fatin, dia mendapat perkembangan positif terhadap masalah kesihatan mentalnya selepas mempelajari ayat tersebut dan mengambil keputusan untuk terus menimba ilmu dengan guru berpengalaman untuk tadabur ayat al-Quran yang lain.

“Pada 2021 saya mula berkongsi ilmu dakwah yang diperoleh daripada guru-guru saya menerusi media sosial. Tidak sangka ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga maya.

“Saya gemar untuk mengaitkan kehidupan dan bagaimana agama boleh membantu kita untuk menjadi insan yang kuat berdepan dengan cabaran termasuk masalah kesihatan mental yang pernah saya lalui,” katanya.

Sementara itu, pempengaruh yang mempunyai 1.1 juta pengikut di TikTok dan berlatarbelakang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini tidak menafikan suara yang tenang adalah pesonanya ketika menyampaikan dakwah.

“Di media sosial saya mempunyai pelbagai latar belakang pengikut dan tidak boleh dinafikan kebanyakannya adalah golongan muda yang sebenarnya mempunyai minat begitu mendalam untuk memperbaiki diri menerusi Islam.

“Saya juga terus mempromosikan tadabur terutama pada Ramadan dengan mengadakan kelas secara atas talian dengan bimbingan guru-guru tadabur yang berpengalaman. Ia juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari hari ke hari,” katanya.

Fatin Nabila

Bukan itu sahaja, sebelum berkongsi dakwah di media sosial, Fatin akan sentiasa merujuk kepada guru-guru berpengalaman bagi menyampaikan ilmu yang tepat.

“Untuk berdakwah ini bukan sesuatu yang mudah kerana kita perlu mempunyai ilmu. Jadi, apabila saya ingin menyampaikan sesuatu dakwah, pastinya perlu mendapat bimbingan daripada guru yang betul.

“Selain daripada itu, saya juga gemar untuk memberikan kata-kata motivasi, peringatan dan doa-doa yang boleh dijadikan amalan harian,” katanya.

Dalam satu kenyataan, Fatin tampil memberi penjelasan berhubung video nasihatnya meminta penonton dekat dengannya ketika dia memberi motivasi.

Fatin mengakui cara tersebut tidak sesuai bagi seorang wanita Muslim meskipun dia hanya cuba untuk menyampaikan mesej kepada orang luar.

Artikel Berkaitan: Video Content ‘Dekat Dengan Fatin’ Jadi Kritikan, Pempengaruh Ini Tampil Perjelas – “Niat Saya Nak Sampaikan Mesej…”

Sumber: Harian Metro 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 21 May 2019
Featured Tue, 6 Jun 2023
Featured Mon, 30 Mar 2026

“Anak Mama Kuat! Kesilapan Itu Bukan Bermakna Adik Gagal” – Abby Abadi Titip Nasihat Buat Marissa Dania

Pelakon Abby Abadi tampil memberikan kata-kata semangat dan nasihat buat anak perempuannya, Marissa Dania Hakim.

Hiburan Mon, 18 Nov 2019

Dewan Mentor Milenia Gamat! Suara Macam Tok Ti Tapi…

Wow! Siapa yang nyanyi cam Tok Ti ni??

Trending Tue, 22 Aug 2023
Featured Sat, 1 Mar 2025
error: Content is protected !!