Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 26, 2024 @ 8:36pm

Pengurus Perjelas Sebab Nur Fazura Upah Lima Pengawal Peribadi, Bimbang Kejadian Dikasari Peminat Berulang – “Tak Perlu Jadikan Isu” 

“Dia pernah dikasari peminat,” demikian respons pengurus pelakon dan usahawan, Nur Fazura, iaitu Iman Tang menjawab spekulasi mengenai tindakan aktres itu hadir ke mahkamah bersama lima pengawal peribadi pada Rabu.

Memetik laporan OhBulan!, Iman memaklumkan keputusan tersebut dilakukan oleh Fazura sebagai langkah berjaga-jaga dek enggan peristiwa dikasari peminat sebelum ini berulang lagi.

“Itu adalah kebiasaan Fazura bila dia pergi ke majlis mana-mana, dia memang akan upah pengawal peribadi.

“Saya sebagai pihak pengurusan memang benarkan sahaja permintaan itu sebab pernah ada kejadian orang kurang sopan datang untuk nergambar tetapi ambil kesempatan.

“Sebelum ini pernah Fazura pergi Mahkamah Tinggi tanpa ‘bodyguard’, keadaan jadi tidak terkawal dan dikasari peminat,” katanya.

Akur dengan perkara tersebut, Iman bagaimanapun dia ada memberi pesanan kepada semua pembantu peribadi Fazura untuk tidak berkasar dengan para media yang hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor, semalam.

“Macam semalam, kami tak tahu keadaan dekat mahkamah macam mana sebab berkemungkinan ramai datang termasuk peminat.

“Cuma saya berpesan dekat bodyguard supaya tidak berkasar dengan rakan media,” jelasnya lagi.

Nur Fazura

Menyedari nama aktres filem popular Pisau Cukur ini hangat menjadi perbualan di media sosial, Iman bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak menghiraukan kritikan netizen itu.

“Bagi saya perkara tersebut tidak menjadi isu pun, kadangkala kita tak boleh terlalu ambil peduli tentang apa yang netizen katakan.

“Bila ada sesuatu jadi, mereka akan cakap pula takkanlah Fazura tak bawa pengawal peribadi, kan dah kena macam ini.

“Netizen pula yang ‘bantai’ kita, tapi bila ada mereka tanya pula kenapa sampai lima,” ujarnya lagi.

Pada Rabu, pasangan suami isteri ini hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor bagi proses perceraian mereka yang difailkan oleh Fazura pada 13 September lalu.

Kes perceraian mereka ditangguhkan kepada 7 Oktober ini untuk memberi masa kepada Fattah dan Fazura membincangkan isu rumah tangga mereka termasuklah memuktamadkan beberapa terma sekiranya sah bercerai.

Sementara itu, Fattah ketika ditemui usai proses perceraian itu kelihatan sugul dan hanya berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik untuk mahliigai cinta mereka yang telah terbina selama 7 tahun itu.

Sekadar info, Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan hasil perkongsioan hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, empat tahun.

Artikel Berkaitan: “Demi Maruah Sebagai Wanita & Kesejahteraan Fatima” – Fazura Nekad Mahu Bercerai

Artikel Berkaitan: Krisis Rumah Tangga Cetus Spekulasi, Fazura Kekal Kunci Mulut – “Doakan! Berdiam Diri Lebih Baik”

Artikel Berkaitan: “Saya Ada Perasaan Bukannya Robot” – Kelihatan Sugul, Fattah Amin Mohon Doa Yang Terbaik

Sumber: OhBulan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 Jul 2022

[VIDEO] “Sengaja Nak ‘Menilai’ Apa Netizen Akan Kecam..” – YouTuber Akui Buat Konten Tarik Tudung Untuk Kajian Sosial

Macam mana ni gais? Acceptable tak alasan diorang? Saja nak uji netizen je katanya… 🤭🤭

Hiburan Sat, 28 Dec 2019

Tokti Latih Aafiyah Jadi Penyanyi?

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menarik perhatian ramai apabila menyampaikan lagu Ku Bersuara dendangan asal penyanyi, Ernie Zakri melalui aplikasi Smule. Yang lebih istimewa…kedengaran suara anak Siti iaitu Siti Aafiyah di penghujung lagu […]

Featured Tue, 20 Dec 2022

Sarah Suhairi Sebak Terkenang Arwah Rudy Imran – “Dia Banyak Tolong Saya, Tak Mampu Nak Balas”

Arwah Rudy Imran banyak naikkan nama Sarah pada awal karier.. Al-fatihah buat Rudy Imran

Hiburan Sat, 18 Nov 2017

Malcolm Young Meninggal Dunia

Berita kematian Young, 64, dilaporkan dalam laman web kumpulan berkenaan.

Featured Thu, 13 Oct 2022
Featured Mon, 28 Jun 2021

KWSP Perkenal i-CITRA, Permohonan Pengeluaran RM5,000 Kepada Semua Pencarum Bermula 15 Julai

Menerusi perutusan PEMULIH oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini mengumumkan KWSP bakal memperkenalkan i-CITRA yang menetapkan kadar bayaran RM1,000 untuk tempoh 5 bulan kepada rakyat. “KWSP perkenal i-Citra, menerusi i-Citra, seramai […]

error: Content is protected !!